TARIKH     : 23 JUN 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.30 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 33 ORANG

 

 

 

TARIKH     : 23 MEI 2023

MASA        : 4.00 PM - 5.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 3 ORANG

 

 

 

photo 2023 05 23 10 21 20

 

 

TUJUAN

Melahirkan usahawan dalam platform baru Tiktok yang semakin viral digunakan oleh usahawan sebagai platform perniagaan secara atas talian serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan asas internet carian google.

 

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang mengunjungi PEDi Kg Jabi tentang cara untuk membuat Live di tiktok. Usahawan-usahawan tersebut berjaya membuat live bagi tujuan perniagaan di tiktok. Selain itu, petugas turut membantu komuniti yang memerlukan bantuan untuk mengisi borang MAIDAM secara atas talin. beliau berjaya mengisi borang tersebut dan cetak keluar untuk dihantar ke pejabat MAIDAM.

 

Gambar Selanjutnya


 

TARIKH     : 18 MEI 2023

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

 

photo 2023 05 23 10 19 12

 

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet dan mencari website atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada ibubapa cara untuk mengisi permohonan kemasukan darjah 1 atas talian dengan mencari website dan portal yang tepat. Petugas juga mengajar beliau cara pengisian permohonan atas talian dengan betul untuk mematikan tiada maklumat yang tercicir dan tanpa perlu membuang masa. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh bagi pengisian sesuatu permohonan. Manakala, ada juga ibubapa yang tidak pandai menggunakan komputer meminta bantuan khidmat petugas untuk membantu mereka mengisi permohonan tersebut.

 

Gambar Selanjutnya


 

TARIKH     : 21 MEI 2023

MASA        : 3.00 PM - 4.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

 

 

photo 2023 05 23 10 20 10

 

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.

 

AKTIVITI

Pelajar tersebut menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus beliau. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolahnya. Beliau turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolahnya memerlukan beliau menaip dan mencetak. Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej  dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word. Dia juga mempelajari cara menggunakan whatsapp web untuk memudahkan beliau menyimpan tugasan yang dibuat ke dalam telefon beliau.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

TARIKH     : 13 MEI 2023

MASA        : 11.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : PEDi KG JABI

PESERTA  : 2 ORANG

 

 

 

photo 2023 05 23 10 18 15

 

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara membuat permohonan bantuan MAIDAM bagi permohonan bantuan bulanan serta belajar cara-cara menghantar email.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada komuniti yang ingin memohon bantuan MAIDAM tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dengan lengkap. Komuniti yang mengisi borang tersebut dapat membuat permohonan dan mengemaskini bantuan MAIDAM dengan baik serta mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Manakala seorang lagi merupakan pelajar yang ingin belajar menggunakan email bagi menghantar dokumen kepada pihak tertentu. 

 

Gambar Selanjutnya