TARIKH : 11 MEI 2023 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka pautan peperiksaan dengan mencari portal atau website yang tepat. Petugas juga membantu mereka set semula kata laluan email bagi memudahkan mereka tekan terus pautan peperiksaan yang dihantar melalui email. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh pengisian sesuatu permohonan. Peserta berjaya menjawab ujian peperiksaan SPNT.
TARIKH : 10 MEI 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet untuk membuat tugasan sekolah.
Aktiviti
Petugas membantu seorang guru yang menggunakan search engine untuk mencari maklumat tugasan beliau sebagai guru serta membantu beliau menggunakan aplikasi snipping tools untuk mengambil beberapa maklumat daripada carian search engine tersebut. Beliau juga belajar menggunakan whatsapp web untuk mencetak tugasan tersebut. Guru tersebut berjaya menyelesaikan tugasan beliau.
TARIKH : 02 MEI 2023 MASA : 8.00 AM - 1.00 PM LOKASI : MASJID KG JABI PESERTA : 300 ORANG |
Sambutan & Jamuan Hari Raya Peringkat Masjid Jabi Syawal 2023
TARIKH : 09 MEI 2023 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan pengguna yang mahir dalam penggunaan IT dan sentiasa ambil tahu mengenai hal terkini.
AKTIVITI
Petugas memberikan tunjuk ajar untuk cara mencari laman web SPPIM untuk bakal pengantin Terengganu bagi mengisi borang nikah secara atas talian. Mereka berjaya mengisi borang tersebut walaupun baru kali pertama mengisi borang tersebut. Selain itu, mereka juga belajar menggunakan whatsapp web untuk menghantar dokumen bagi cetakan keluar.
TARIKH : 19 APRIL 2023 MASA : 2.30 PM - 4.30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang mahir menggunakan Microsoft Office.
AKTIVITI
Pengunjung yang hadir ke pusat internet Kg Jabi ialah seorang usahawan ikan keli dan mempunyai perniagaan milik sendiri. Beliau menggunakan PEDi sebagai medium pembelajaran cara-cara membuat rancangan perniagaan menggunakan Micorosoft Word serta cara lakaran kolam ikan keli menggunakan Microsoft Word. Petugas membantu dengan memberi panduan cara-cara membuat rancangan perniagaan beliau dengan baik.