TARIKH : 21 SEPTEMBER 2024 MASA : 11.00 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuka laman web MyPersonaliti. MyPersonaliti merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh pihak MARA bagi tujuan menjalankan ujian psikometrik secara dalam talian. Melalui portal atau sistem ini, calon atau individu yang memohon pinjaman pengajian tidak lagi perlu menghadirkan diri secara fizikal utuk menjawab ujian psikometrik.
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2024 MASA : 10.30 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Menghasilkan Resume bagi permohonan pekerjaan dan melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan resume iaitu laman web https://www.canva.com/resumes/templates/. Dengan menggunakan template yang ada di canva, ia memudahkan kerana hanya perlu memasukkan maklumat mereka sendiri dan siap.
TARIKH : 08 SEPTEMBER 2024 MASA : 03.00 PM - 04.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas NADI memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Whatsapp Dekstop untuk memudahkan menghantar dan menyimpan fail. Ia juga diajar asas perkomputeran dan internet kerana pelajar tersebut kurang mahir menggunakan komputer.
TARIKH : 11 SEPTEMBER 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web bagi menjana pendapatan yang lebih.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan mengenai Tiktok Shop. Mengajar cara-cara untuk berniaga menggunakan platform Tiktok dari membuka akaun hingga membuat kedai di akaun Tiktok tersebut dan mengajar juga bagaimana untuk live di Tiktok bagi menambah pendapatan.
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2024 MASA : 10.30 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Pengunjung yang datang meminta petugas membantu dalam pengisian permohonan bantuan persediaan sebelum meneruskan pengajian di laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/application/2/online. Permohonan ini dapat mengelak beban kewangan yang dihadapi pelajar. Pemohon berjaya mengisi dan menghantar permohonan tersebut. Dalam masa yang sama, petugas juga membantu cara menggunakan Whatsapp Dekstop untuk menyimpan, menghantar maklumat dan mencetak dokumen.