TARIKH : 29 OGOS 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada usahawan untuk menjana pendapatan menjadi affiliate di dalam talian seperti di platform Tiktok.
Aktiviti
Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuat Affiliate melalui platform Tiktok. Dengan Affiliate, usahawan tidak perlu ada produk, kedai fizikal, atau modal. Peserta hanya perlu memuatnaik link bagi produk yang dipasarkan oleh kedai dalam talian usahawan atau menjadi affiliate ke akaun tiktok mahupun mana-mana platfrom media sosial lain. Jika ada pembeli membeli menerusi link yang dimuatnaik, peserta akan mendapat komisen.
TARIKH : 20 OGOS 2024 MASA : 10.00 AM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 15 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran dalam sosial media dan internet untuk mempromosikan dan mengiklankan perkhidmatan yang disediakan.
AKTIVITI
Media sosial memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai aspek kehidupan dan perniagaan. Pemasaran dan pengiklanan, promosi produk dan perkhidmatan melalui platform seperti facebook, instagram, twitter, dan linkedin membolehkan perniagaan menjangkau audiens yang lebih luas dengan kos yang lebih rendah berbanding iklan tradisional. Selain itu, pengiklanan bertarget di media sosial membolehkan pengiklanan yang disasarkan berdasarkan demografi, minat, dan tingkah laku pengguna. Komunikasi dan interaksi perlu dalam hubungan dengan pelanggan dimana perniagaan dapat berinteraksi secara langsung dengan pelanggan melalui komen, mesej, dan tinjauan. Maklum balas dan sokongan bersama pelanggan boleh memberikan maklum balas secara terbuka, dan perniagaan boleh menyediakan sokongan segera.
TARIKH : 20 OGOS 2024 MASA : 10.00 AM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 15 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkeyakinan diri dari segi penampilan.
AKTIVITI
Grooming merujuk kepada praktik penjagaan diri dan penampilan seseorang, termasuk kebersihan dan cara berpakaian. Ia penting bukan sahaja untuk kesihatan dan kebersihan tetapi juga untuk membentuk imej profesional dan peribadi. Berikut adalah beberapa aspek grooming yang penting salah satu Penjagaan Kulit (Pembersihan) menjaga kebersihan wajah dan badan dengan pembersih yang sesuai untuk jenis kulit. Menggunakan pelembap untuk menjaga kelembapan kulit serta Pelindung Matahari: Menggunakan sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.
TARIKH : 20 OGOS 2024 MASA : 10.00 AM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 15 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkeyakinan diri dari segi penampilan.
AKTIVITI
Kemahiran keusahawanan merangkumi pelbagai aspek yang penting untuk memulakan dan menguruskan perniagaan. Kemahiran Penjualan iaitu mampu menjual produk atau perkhidmatan dengan berkesan, memahami keperluan pelanggan, dan membina hubungan pelanggan yang kuat.
TARIKH : 18 OGOS 2024 MASA : 10.30 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas NADI memberi tunjuk ajar kepada pengunjung yang datang, beri bantuan membuka laman web dan pantau mereka menjawab peperiksaan SPA9i dengan membuka email dan rujuk email panggilan peperiksaan dari SPA. Pengunjung dalam proses carian pekerjaan dan baru tamat pengajian di universiti.