TARIKH : 29 JUN 2024 MASA : 10.00 AM - 11.00 AM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti yang celik IT kepada semua golongan bagi mengimbangi keperluan ICT yang meluas di negara kita selaras dengan kehendak kerajaan. Selain itu, dapat memupuk minat peserta belajar Sains, Teknologi Kejuruteraan & Matematik dalam pembelajaran & penciptaan.
AKTIVITI
Petugas NADI memberi tunjuk ajar kepada adik-adik pelajar sekolah rendah dalam membuat Stem IoT Paper Rocket. Pelajar dapat menghasilkan paper rocket tersebut mengikut langkah yang ditunjukkan oleh petugas.
TARIKH : 22 JUN 2024 MASA : 03.00 PM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
- 1. Membuat sesi ekperiment Eksperimen Belon Udara: Menyelidiki Sifat-sifat Gas.
- 2. Mendorong keterlibatan aktif anak-anak dalam pembelajaran dengan menyediakan pengalaman praktis yang menyenangkan.
- 3. Memberikan pengalaman yang mendalam dan bermanfaat bagi peserta dalam bidang sains dan teknologi.
AKTIVITI
Eksperimen belon udara merupakan kegiatan sederhana yang memungkinkan kita untuk memahami sifat-sifat dasar gas, khususnya sifat-sifat yang terkait dengan tekanan dan volume. Dalam eksperimen ini, kami menggunakan bahan-bahan sederhana seperti belon, straw, cawan, dan pita pelekat untuk mengamati bagaimana perubahan volume dan tekanan gas dapat memengaruhi perilaku belon udara.
TARIKH : 13 JUN 2024 MASA : 10.30 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet dan mencari laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar pelajar cara untuk mengisi permohonan UPU Fasa 2 atas talian dengan mencari laman web dan portal yang tepat. Petugas juga mengajar pelajar cara pengisian permohonan atas talian dengan betul untuk memastikan tiada maklumat yang tercicir dan tanpa perlu membuang masa. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh bagi pengisian sesuatu permohonan. Mereka turut diajar cara mengisi permohonan universiti swasta dan menggunakan whatsapp web sebagai medium penghantaran dokumen. Mereka berjaya mengisi permohonan tersebut.
TARIKH : 18 JUN 2024 MASA : 03.30 PM - 04.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini bagi memperkenalkan peserta kepada laman web LiveWorksheet secara atas talian.
Aktiviti
LiveWorksheet merupakan satu laman web pembelajaran yang mana pelajar boleh memilih subjek yang hendak dibuat dan juga dapat memilih soalan mengikut peringkat umur sendiri secara percuma.
TARIKH : 12 JUN 2024 MASA : 03.00 PM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Pengunjung yang datang meminta petugas membantu dalam pengisian online permohonan Kemasukan Konstabel Polis 2024, pemohon berjaya mengisi dan menghantar permohonan tersebut.