TARIKH : 05 JUN 2024 MASA : 11.00 AM - 01.00 PM LOKASI : NADI PASIR AKAR PESERTA : 23 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk menjana pendapatan melalui platform shoppe dan tiktok menerusi Affiliate.
Aktiviti
Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuat Affiliate melalui paltform Shoppe dan Tiktok. Dengan Affiliate, usahawan tidak perlu ada produk, kedai fizikal, atau modal. Peserta hanya perlu memuatnaik link bagi produk yang dipasarkan oleh kedai dalam talian usahawan atau menjadi dropship ke akaun tiktok mahupun mana-mana platfrom media sosial lain. Jika ada pembeli membeli menerusi link yang dimuatnaik, peserta akan mendapat komisen. Program dikendalikan oleh Rakan Digital (RD). Program juga anjuran KEMAS Daerah Besut dengan kerjasama NADI Pasir Akar.
TARIKH : 05 JUN 2024 MASA : 09.00 AM - 11.00 AM LOKASI : NADI PASIR AKAR PESERTA : 23 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk membuka kedai di dalam talian seperti di platform Shoppe dan Tiktok.
Aktiviti
Kelas ini diadakan kepada usahawan yang ingin belajar untuk membuka kedai dalam talian untuk memasarkan produk mereka. Para peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan ada diantara mereka merupakan usahawan yang sudah mempunyai produk. Program ini adalah anjuran KEMAS Daerah Besut dan dikendalikan oleh Rakan Digital (RD).
TARIKH : 01 JUN 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengunjung cara menggunakan Canva untuk membuat design banner dan mencari template yang bersesuaian. Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp dekstop dengan scan bar code dan menghantar dokumen, pengunjung berjaya mencetak keluar dokumen dari aplikasi tersebut secara atas talian menggunakan komputer.
TARIKH : 02 JUN 2024 MASA : 10.30 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Menghasilkan Resume bagi permohonan pekerjaan dan melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada pengenalan kepada internet. Peserta diajar cara untuk membuka web bagi menghasilkan resume iaitu laman web https://www.canva.com/resumes/templates/. Dengan menggunakan template yang ada di canva, ia memudahkan kerana hanya perlu memasukkan maklumat mereka sendiri dan siap. Petugas juga membantu pengunjung cara menggunakan whatsapp dekstop untuk menyimpan dan menghantar maklumat.
TARIKH : 25 MEI 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas NADI Kg Jabi menunjuk ajar kepada usahawan cara mendaftar SSM dan untuk memperbaharui SSM dengan menggunakan akaun eBiz. Sistem eBiz adalah untuk memudahkan usahawan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.