TARIKH     : 24 MEI 2024

MASA        : 03.00 PM - 05.00 PM

LOKASI     : NADI KG JABI

PESERTA  : 2 ORANG

 

photo 6172568282045986791 y

 

TUJUAN

Mewujudkan komuniti yang celik IT kepada semua golongan bagi mengimbangi keperluan ICT yang meluas di negara kita selaras dengan kehendak kerajaan. Selain itu, dapat memupuk minat peserta belajar Sains, Teknologi Kejuruteraan & Matematik dalam pembelajaran & penciptaan.

 

AKTIVITI

Kelas ini diadakan khas kepada pelajar prasekolah. Projek STEM ini adalah "Tissue Paper Worms". Tissue paper worms adalah untuk melihat tindakbalas tisu dan air. Jadi, tisu menyerap air dengan sangat cepat serta membuatkan tisu tersebut basah, ia membengkak menyebabkan ulat tisu itu mengembang menjadi semakin panjang. Syabas dan tahniah kepada para peserta yang hadir untuk menyertai aktiviti ini.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 20 MEI 2024

MASA        : 10.00 AM - 12.00 PM

LOKASI     : NADI KG JABI

PESERTA  : 2 ORANG

 

photo 2024 05 12 16 33 32

 

TUJUAN

Untuk melahirkan pengguna yang mahir dalam penggunaan IT dan sentiasa ambil tahu mengenai hal terkini.

 

AKTIVITI

Petugas memberikan tunjuk ajar melayari laman web SPPIM yang terbaru untuk bakal pengantin Terengganu bagi mengisi borang nikah secara atas talian. Pengguna tersebut juga adalah pengguna yang masih kurang mahir dalam penggunaan IT. Mereka pertama kali mengunjungi pusat internet untuk mengisi borang nikah secara atas talian. Mereka berjaya mengisi borang tersebut.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 17 MEI 2024

MASA        : 03.00 PM - 04.30 PM

LOKASI     : NADI KG JABI

PESERTA  : 8 ORANG

 

photo 2024 05 12 16 55 37

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar atau pengguna yang berdaya saing dan celik it serta mahir dalam penggunaan komputer serta internet jalur lebar.

 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian bagi kahoot . Kahoot merupakan satu aplikasi atas talian berupa soalan kuiz yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun gmail, yahoo dan lain-lain secara percuma. Kahoot boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja dan sesi menjawab kuiz menjadi lebih interaktif. Aktiviti disertai oleh pelajar sekolah rendah.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 18 MEI 2024

MASA        : 03.00 PM - 05.00 PM

LOKASI     : NADI KG JABI

PESERTA  : 7 ORANG

 

WhatsApp Image 2023 11 25 at 14.42.23 1

 

TUJUAN

Mewujudkan komuniti yang celik IT kepada semua golongan bagi mengimbangi keperluan ICT yang meluas di negara kita selaras dengan kehendak kerajaan. Selain itu, dapat memupuk minat peserta belajar Sains, Teknologi Kejuruteraan & Matematik dalam pembelajaran & penciptaan.

 

AKTIVITI

Kelas ini diadakan khas kepada pelajar sekolah rendah. Projek STEM ini adalah "Straw Plane". Straw Plane adalah untuk memerhatikan bagaimana keseimbangan mempengaruhi pergerakkan plane dan meningkatkan perkembangan motor halus. Bahan yang digunakan sepertigunting, straw, tape dan kertas warna. Syabas dan tahniah kepada para pelajar yang hadir untuk menyertai aktiviti ini.

 

 

Gambar Selanjutnya


 

 

TARIKH     : 16 MEI 2024

MASA        : 10.30 AM - 12.30 PM

LOKASI     : NADI KG JABI

PESERTA  : 1 ORANG

 

photo 2024 05 17 09 19 43

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet dan mencari website atau portal tanpa bantuan orang lain.

 

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan UPU atas talian dengan mencari website dan portal yang tepat. Petugas juga mengajar cara pengisian permohonan atas talian dengan betul untuk memastikan tiada maklumat yang tercicir dan tanpa perlu membuang masa. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh bagi pengisian sesuatu permohonan. Mereka turut diajar cara mengisi permohonan universiti swasta dan menggunakan whatsapp dekstop sebagai medium penghantaran dokumen. Mereka berjaya mengisi permohonan tersebut.

 

 

Gambar Selanjutnya