TARIKH : 02 MEI 2024 MASA : 10.00 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuka laman web stamps LHDN untuk pengunjung membuat pembayaran duti setem. Selain itu, petugas juga membantu seorang guru kafa untuk mengemaskini maklumat kafa dan menghantar dokumen melalui laman web RPH Yayasan Islam Terengganu.
TARIKH : 27 APRIL 2024 MASA : 10.00 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri melalui bidang perniagaan. Selain itu, memperkenalkan NADI dikalangan komuniti dengan kemudahan yang disediakan.
AKTIVITI
Seramai 10 peserta yang terlibat, kesemuanya terdiri daripada wanita suri rumah, serta usahawan dan belia yang ingin meraih pendapatan sendiri. Mendengar taklimat dari Founder Pelbagai sabun Homemade mengenai kebaikan membuat sabun dari bahan yang selamat dan juga penyampaian ilmu keusahawanan iaitu cara untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan seterusnya menjana pendapatan. Peserta pada hari itu juga diberi tunjuk ajar cara membuat sabun organik untuk membasuh pinggan. Kesemua peserta diberikan sample sabun organik tersebut dan nota cara-cara untuk membuat sabun tersebut mengikut langkah-langkah yang betul.
TARIKH : 23 APRIL 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Pengunjung yang datang ke NADI ingin mempelajari asas penggunaan microsoft word bagi menulis surat dan membuat table. Petugas memberi tunjuk ajar supaya pengunjung tersebut dapat memahaminya dengan mudah. Selain itu, petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara untuk membuat resume menggunakan resume yang disediakan oleh petugas NADI Kg Jabi. Pengunjung hanya perlu mengedit resume tersebut dengan memasukkan maklumat mereka. Pengunjung berjaya membuat resume tersebut dengan baik.
TARIKH : 25 APRIL 2024 MASA : 10.30 AM - 12.30 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang mahir dan kreatif dalam penggunaan Canva untuk tujuan design banner perniagaan.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara menggunakan Canva untuk membuat design banner dan logo bagi perniagaan makanan haiwan ternakan yang dibuat secara homemade. Beliau baru sahaja menjalankan perniagaan tersebut dan menyewa bangunan sebagai kedai. Usahawan tersebut berjaya mereka design banner dan logo tersebut dengan design yang menarik.
TARIKH : 21 APRIL 2024 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web dengan scan bar code dan pengunjung berjaya mencetak keluar dokumen dari aplikasi tersebut secara atas talian menggunakan komputer.