21767931 342888032824218 3485742200423793181 n      42551555 527516181028068 3238454282336337920 n

  

                       22788934 353361798443508 5457246976631722292 n     14670774 186892855090404 1363263469685273226 n

14355176 158510984595258 1926715582520208297 n

 

Sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis, kerepok juga boleh didapati dalam pek vakum, yang dibekukan dan yang direbus serta digoreng.

Untuk dapatkan Kerepok Sedap Jabi ini boleh hubungi :

Nama                    : Puan Nor

No.Telefon            : 0199695893/0192410764

Facebook             : Kerepok Sedap Jabi - https://www.facebook.com/halalBersihdanBermutu/

 


 

PERUSAHAAN DONUT (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA) KG RENEK

Sejarah pembuatan donut secara kecil kecilan sejak tahun 2010. Resepi dan SOP syarikat diperbaiki dari masa ke semasa. Dengan rasminya Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2017 yang beralamat di Donut Lambong, 365-29, Kampung Renek 22020 Jerteh , Terengganu. Produk utama syarikat ini adalah Donut.  Pada masa sekarang syarikat mempunyai pasaran yang stabil dan diterima baik  oleh penduduk setempat. Pembuat donut ini merupakan En.Norul Hamidi atau lebih dikenali sebagai Ayah Teh yang berkelulusan Diploma Latihan Masakan, UITM dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang masakan dan culinari kerana sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai tukang masak dengan syarikat bertaraf antarabangsa. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, beliau nekad untuk membuka perniagaan sendiri iaitu Donut Lambong. Pelbagai jenis donut dan perisa turut disediakan. Harga amatlah murah bermula dengan RM1.00 sehingga RM3.00 dan ke atas.

 

           cheese mozarella             Donut Karamel  

              Donut Cheese Mozerella Carbonara                              Donut Karamel

 

            Donut Celup Coklat              Donut Lambong Premium

                         Donut Celup Cokelat                                      Donut Lambong Premium

 

           donuta biasa bersalut gula             Donut durian

                    Donut Biasa Bersalut Gula                                           Donut Durian

 

          Donut Hipster               Donut Kacang Bom

                           Donut Hipster                                                     Donut Kacang Bom

 

Untuk dapatkan Donut Lambong ini boleh hubungi :

Nama                    : En. Mohd Norul Hamidi Bin Ab Wahab (Ayah Teh)

No.Telefon           : 016-2727769

Facebook            : DonutLambong Renek - https://www.facebook.com/donutlambong.renek

Email                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 


 

 

POPULAR DI JABI

3SATEY - Merupakan makanan yang cukup tersohor disemua tempat dan negeri dan paling digemari ramai. Sebut Satey je orang sudah cukup kenali malah menjadi makanan trending dan paling popular disekitar Kajang. Kalau dahulu, siapa yang teringin makan satey pasti akan ke Kajang, namun sekarang Jabi juga cukup dikenali dengan kawasan Satey jadi, tidak perlu ke Kajang lagi untuk makan satey. Disekitar Jabi banyak peniaga satay yang cukup terkenal iaitu Satey Lanang, Satey Mastura, Satey Kak Limah, Satey Kajang Jabi dan lain-lain. Waktu urus niaga adalah seperti biasa, bermula jam 2 petang sehingga malam. Sesiapa yang belum pernah cuba satey Jabi boleh la datang ke Besut, Terengganu Darul Iman.

 

2NASI ULAM - Nasi Ikan Bakar dan Ulam cukup terkenal di negeri Pantai Timur terutama bagi negeri Kelantan dan Terengganu.Makanan yang berasaskan ulam ini cukup sinonim dengan penduduk tempatan malah merupakan makanan asas bagi sekitar penduduk tempatan terutama dikawasan luar bandar ini kerana ulam- ulaman mudah didapati. Di sekitar Jabi juga terdapat kedai makan nasi ulam yang menjadi kegilaan ramai terutama bagi pekerja yang bekerja disektor kerajaan, badan berkanun, swasta serta bekerja sendiri dan lain-lain turut menjadi pelanggan kepada kedai nasi ulam yang berada di Kg Renek berdekatan dengan Pekan Jabi.

 

4CENDOL AIS -Cendol juga cukup popular pada abad ini mungkin kerana faktor cuaca di negara kita yang semakin panas. Kalau dulu cendol hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan sahaja dan cendol juga tidak banyak pengubahsuaian citarasa. Namun sekarang, pelbagai rasa dan teknik ubahsuaian cendol.Kini, cendol boleh didapati dengan plebagai campuran seperti Cendol ABC, Cendol Ais Jagung, Cendol Durian, Cendol Pulut, Cendol Cha Cha dan lain-lain.Di Jabi cendol boleh didapati di Kg Gergaji iaitu Profesor Cendol yang cukup terkenal dengan pembukaan cawangan di Tok Bali, Pasir Puteh,Gua Musang, Kelantan dan Penarik,Setiu Terengganu.

 

5

MASAKAN PANAS - Masakan panas merupakan salah satu kewajipan yang mesti ada disetiap kedai makan. Ini kerana, masakan panas adalah pembuka selera bagi yang kurang selera makan makanan masakan biasa. Suatu ketika dahulu, masakan panas hanya dijual pada waktu malam sahaja, namun sekarang masakan panas seolah sebati dengan waktu makan tengahri. Kini penggemar masakan panas tidak perlu menunggu pada waktu malam sahaja, siang hari juga boleh merasa masakan panas. Di sekitar Jabi, terdapat beberapa buah restauran yang menyediakan masakan panas dan yang paling dikenali, sedap serta yang menyediakan pada waktu tenghari dan ke atas adalah kedai makan yang bersebelah dengan stesen minyak BHP.