TARIKH : 07 OGOS 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Pelajar diajar menggunakan asas internet kerana untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet untuk membuat tugasan sekolah.
Aktiviti
Petugas memantau pelajar yang menggunakan search engine untuk mencari maklumat tugasan serta menbantu mereka cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan pemilihan tulisan dan saiz tulisan yang betul. Pelajar tersebut berjaya menyelesaikan tugasan sekolah tersebut.
TARIKH : 05 OGOS 2023 MASA : 2.00 PM - 5.30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 50 ORANG |
Tujuan
E-pembelajaran yang dilakukan di PEDi Kg Jabi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada komuniti serta pelajar tentang kemodenan IT dan ICT pada masa kini yang boleh membantu mereka untuk mengenali dunia perniagaan secara online dan penggunaan youtube sebagai panduan pembelajaran.
Aktiviti
komuniti yang menghadiri Program Kelas Makeup yang dianjurkan oleh KEMAs Setiu terdiri daripada golongan belia dan wanita. Pengajar merupakan seorang Makeup-artist mengajar turorial asas makeup yang mereka inginkan. Belia pada masa kini sangat berminat mengenai pembelajaran makeup di samping mereka boleh menghindarkan diri mereka dari penggunaan makeup yang bukan original. Mereka juga dapat mempelajari makeup dan membuat pendapatan sampingan jika mereka bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkan apa yang dipelajari.
TARIKH : 22 JULAI 2023 MASA : 3.00 PM - 5.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.
AKTIVITI
Pelajar tersebut merupakan pelajar sekolah menengah menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus beliau. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolahnya. Beliau turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolahnya memerlukan beliau menaip dan mencetak. Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word. Dan dokumen tersebut turut diajar untuk dimasukkan ke dalam whatsapp dengan menggunakan whatsapp web.
TARIKH : 02 OGOS 2023 MASA : 3.00 PM - 5.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan jalur lebar kepada komuniti setempat dan melahirkan komuniti yang celik it dalam penggunaan asas internet.
AKTIVITI
Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah tersebut cara membuka link pautan untuk menjawab ujian Delima dan mempelajari cara menggunakan asas email.
TARIKH : 21 JULAI 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk membina pengunjung yang mahir dalam pencarian maklumat pekerjaan kosong bagi lepasan spm.
Aktiviti
Petugas memberi senarai laman web kepada pengunjung yang mereka perlu lawati untuk mengisi kekosongan jawatan. Antaranya, Jobstreet, Job Malaysia dan Mau Kerja. Pengunjung tersebut berminat untuk mengisi jawatan kosong Petronas dan berjaya mengisi maklumat dengan lengkap.