TARIKH : 05 SEPTEMBER 2023 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas PEDi sentiasa bersiap sedia dalam memberi latihan kepada pengunjung yang datang ke PEDi. Kebiasaannya, pelajar baru yang memasuki universiti akan hadir ke PEDi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan apabila cuti semester. Mereka kurang mahir dalam penggunaan komputer dan internet, datang ke PEDi meminta petugas memberi tunjuk ajar asas perkomputeran dan internet. Selain itu, mereka diajar cara mudah menghantar dan menyimpan fail dengan menggunakan whatsapp desktop.
TARIKH : 20 OGOS 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika mengenai semangat Kemerdekaan.
AKTIVITI
Petugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada seorang penngunjung yang ingin mencari maklumat kemerdekaan dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam Microsoft Word. Pengunjung adalah seorang penolong guru Tadika Kemas Jabi. Antara maklumat yang dicari ialah, gambar jalur gemilang, lagu kemerdekaan dan banyak lagi.
TARIKH : 23 OGOS 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika mengenai semangat Kemerdekaan.
AKTIVITI
Pengunjung adalah seorang penolong guru Tadika Kemas Jabi. Beliau sebelum ini telah hadir ke PEDi Kg Jabi untuk mencari maklumat mengenai kemerdekaan. Antara maklumat yang dicari ialah, gambar jalur gemilang, lagu kemerdekaan dan banyak lagi. Pada hari ini beliau hadir untuk menyiapkan buku skrap untuk rujukan kanak-kanak tadika.
TARIKH : 24 OGOS 2023 MASA : 10.00 AM - 1.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 25 ORANG |
TARIKH : 22 OGOS 2023 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan maklumat mengenai bantuan pendidikan dari Negeri Terengganu kepada pelajar-pelajar.
AKTIVITI
Pengurusan yayasan terengganu telah bersetuju untuk memberi anugerah pingat emas dan hadiah kecemerlangan pelajar yayasan terengganu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada anak terengganu yang cemerlang di peringkat spm, stpm & stam yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pelajar terengganu lepasan spm(bersekolah diterengganu atau luar terengganu), stpm dan stam pada tahun 2021 adalah dipelawa untuk memohon. Pelajar tersebut berjaya mengisi borang tersebut.