TARIKH : 21 MEI 2023 MASA : 3.00 PM - 4.00 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.
AKTIVITI
Pelajar tersebut menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus beliau. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolahnya. Beliau turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolahnya memerlukan beliau menaip dan mencetak. Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word. Dia juga mempelajari cara menggunakan whatsapp web untuk memudahkan beliau menyimpan tugasan yang dibuat ke dalam telefon beliau.
- Seterusnya
- Seterusnya >>