MAHIR DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER & INTERNET
Nama :Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi Umur :12 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 12 Tahun. Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi merupakan anak sulong dari 4 orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Mahadi Bin Mohd bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Noraini Bt Ibrahim bekerja sebagai pembantu kedai makan. Siti Nur Zulaikha seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di sekolah seperti Kelab Sains & Matematik, Tunas Puteri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi seorang pelajar yang langsung tidak tahu apa itu teknologi maklumat apatah lagi menggunakan komputer. Namun dengan keberanian dan keinginan untuk belajar Siti Nur Zulaikha sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab Siti Nur Zulaikha cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Siti Nur Zulaikha sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan dia akan ke PI untuk mencari maklumat. Tambahan pula, kini segala kerja sekolah memerlukan kemahiran berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, Siti Nur Zulaikha mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Siti Nur Zulaikha banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ICT. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Siti Nur Zulaikha menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.
USAHAWAN ONLINE PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN GARAM BULUH
Nama : Nor Suzanni Bt Ab Rahman Umur : 33 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Kisah perniagaan Puan Suzanni bermula daripada percubaannya menggunakan sendiri produk keluaran Hai-O marketing untuk merawati sakit-sakit badan yang dialaminya. Apabila melihat keberkesanan daripada penggunaan produk tersebut, beliau semakin yakin bahawa produk tersebut mampu dipasarkan kepada orang-orang sekeliling. Beliau mula memperkenalkan produk garam buluh ini kepada jiran tetangga dan rakan terdekat. ,Malahan ayah beliau iaitu Ab Rahman dan kakaknya yang menghidap barah payudara bernama NorLidawati juga turut menggunakan produk daripada garam buluh dan menampakkan perubahan yang ketara pada tahap kesihatannya.
Kerjaya sebagai seorang guru juga memberi satu kelebihan kepada beliau kerana ramai rakan kerja yang seangkatan dengannya mahu mencuba produk tersebut. Walaubagaimanapun Puan Suzanni juga tidak dapat lari daripada tohmahan orang sekeliling yang mana meragui akan keberhasilan Puan Suzanni untuk memasarkan produknya dengan lebih luas. Berbekalkan semangat yang kental untuk menambahkan pendapatan, Puan Suzanni telah mengambil risiko untuk melaburkan wang sebanyak RM20,000 ringgit kepada syarikat Hai-O dan mendapatkan produk-produk daripada garam buluh tersebut untuk dijual dengan lebih giat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cabaran mula dirasai apabila jualan yang dilakukannya secara “offline”tersebut berkurangan dari hari kehari. Bermula daripada situ, Puan Suzanni mula mencari cara untuk memasarkan produknya secara online. Beliau mula bergiat aktif di laman social seperti Facebook, dan Instagram, namun tidak tahu cara mengendalikan aplikasi ini untuk tujuan perniagaan. Beliau mula menghadiri bengkel-bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh TEKUN dan MARA untuk mendapatkan khidmat nasihat termasuklah PI Kg Jabi semenjak dibuka pada 2017. Usaha yang tidak pernah kenal erti mengalah tersebuut membuahkan hasil apabila produk yang diambil bernilai RM20K tersebut telah habis dijual tidak sampai tiga bulan beliau mempromosikan di laman sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Jabi, kini beliau telah menggunakan kemudahan ICT dengan lebih baik iaitu menggunakan laman sosial facebook secara lebih agresif lagi dengan banyak memuat naik gambar produk-produk yang dijualnya bagi menambah bilangan pelanggan beliau melalui platform atas talian. Beliau belajar cara membuat dua laman Facebook dalam satu masa, menaikkan Followers di Instagram dan melalui Youtube ,
Puan Suzanni memperolehi inspirasi untuk menjadi ahlli perniagaan online dengan lebih berjaya. Disamping itu, dengan adanya wifi komuniti yang menawarkan kemudahan wifi secara percuma dapat menjimatkan lagi bil penggunaan internet malah meningkatkan pendapatan beliau daripada 400 sehingga 1500 sebulan.
PEMBELAJARAN MICROSOFT WORD & YOUTUBE
Nama : Nur Izzahtul Safura Bt Adenan Umur :10 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Nur Izzahtul Safura Bt Adenan merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 10 Tahun. Nur Izzahtul Safura Bt Adenan merupakan anak empat dari lima orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Adenan Bin Nik Mat bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Siti Farida Bt Suhaimi bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak. Nur Izzahtul Safura seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Nur Izzahtul Safura seorang pelajar yang langsung tidak tahu apa itu teknologi maklumat apatah lagi menggunakan komputer. Namun dengan keberanian dan keinginan untuk belajar Nur Izzahtul Safura sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab Nur Izzahtul Safura cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Nur Izzahtul Safura sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan dia akan ke PI untuk mencari maklumat. Tambahan pula, kini segala kerja sekolah memerlukan kemahiran berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, Nur Izzahtul Safura mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Nur Izzahtul Safura banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Nur Izzahtul Safura menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.
USAHAWAN AGENT PRODUK KECANTIKAN DERIN BEAUTY & MIRACLE TONER
Nama : Nurul Shahida Binti Makhtar Umur : 24 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Nurul Shahida Makhtar atau dikenali juga sebagai Aida Makhtar merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana dari Kolej Felcra. Sebelum memasuki Kolej Felcra beliau telah menyambung pelajaran Sekolah Menengah Atas melalui STPM.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan FB, FB Ads, Broadcast Wassap dan sebagainya yang berbentuk promosi produk.
Pendapatan dalam sebulan antara RM800 – RM 1000.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan bersama Pusat Internet beliau sudah mahir menggunakan aplikasi wassap yang lebih terperinci bagi tujuan perniagaan dan juga pandai membuat FB Ads untuk tujuan promosi produk. Selain itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Jabi untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.
2017
Quarter Kedua ( April - Jun )
Nor Wahyumi Bt Zalani - Shawls/Tudung Hyda Scarf
Celik It - Norasikin Bt Ghazali
Quarter Pertama ( Januari - Mac )
Celik It - Mohd Irwan Bin Mohd Rozin
2016
Quarter Keempat ( Oktober - Disember )
Personaayu_stailista (Distributor Shakelee,Tudung Kekaboo & Jam G-Shock)
Celik It - Mohammad Ismail Bin Zahari
Quarter Ketiga ( Julai - September )
Agro Bakery (Aneka Pastry,kuih & Kelas memask Jerteh)
Sinar Marsya Bakery, Puff dan Perkhidmatan Lauk Pengantin
Celik It - Nurul Nor Syaza Eliya
Quarter Kedua ( April - Jun )
Pelamin Murah Jerteh - Pasir Puteh
Celik It - Nor Intan Zaharah Bt Nor Rasidi