MAHIR DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER & INTERNET

 Nama    :Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi

 Umur     :12 tahun

  Ahli       : 2017

 

IMG 6599

 

Latar Belakang

Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 12 Tahun. Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi merupakan anak sulong dari 4  orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Mahadi Bin Mohd bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Noraini Bt Ibrahim bekerja sebagai pembantu kedai makan. Siti Nur Zulaikha seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di sekolah seperti Kelab Sains & Matematik, Tunas Puteri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Siti Nur Zulaikha Bt Mahadi seorang pelajar yang langsung tidak tahu apa itu teknologi maklumat apatah lagi menggunakan komputer. Namun dengan keberanian dan keinginan untuk belajar Siti Nur Zulaikha sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab Siti Nur Zulaikha cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Siti Nur Zulaikha sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan dia akan ke PI untuk mencari maklumat. Tambahan pula, kini segala kerja sekolah memerlukan kemahiran berkomputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, Siti Nur Zulaikha mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Siti Nur Zulaikha banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ICT. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Siti Nur Zulaikha menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.