azam

 

Latar belakang

Amirnur Azam Bin Mohd merupakan seorang pekerja Swasta di Kuala Lumpur sebelum ini. Merupakan anak ke-3 dari 4 adik beradik. Ayah kandung beliau telah meninggal dunia manakala ibunya menguruskan perniagaan beras bersama bapa tirinya. Amirnur Azam Bin Mohd telah pulang ke kampung halaman sejak jun lalu berikutan beliau hilang pekerjaan akibat Covid-19 yang melanda seluruh negara kini.  Berusia 25 tahun, dan seorang yang kurang minat menceburi bidang bisnes. Namun, atas sokongan ibunya dan atas alasan untuk menampung kehidupan beliau sendiri, dia memulakan bisnes dengan membuka gerai burger berhadapan rumahnya.  Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan usahanya, gerai burger yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Facebook sebagai platform perniagaannya selain jualan secara langsung iaitu COD. Dengan berbekalkan modal hasil duit simpanan serta pemberian oleh ibunya, Amirnur Azam Bin Mohd memilih untuk menjadikan gerainya lebih besar dan mempelbagaikan jenis burger untuk pilihan pelanggan. Minat berniaga semakin tinggi dan selain itu tujuan utama berniaga adalah untuk menampung kos hidupnya setelah kehilangan pekerjaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada orang yang singgah di gerainya sahaja serta kenalan terdekat. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 500 hingga RM 1000 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan bisnes di Pusat Internet, Amirnur Azam menggunakan media social Facebook sebagai tempat mempromosikan jualannya. Amirnur Azam juga menggunakan saluran wassap untuk mempromosi produk jualannya. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui ibunya sendiri dan google serta menghadiri kelas percuma bersama guru online.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 1500 – RM 2000

 

aza

FARISHA.jpg

 

Latar belakang

Nurul Farisha Bt Muhammad Ghani  merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Renek, tahun 6. Nurul Farisha Bt Muhammad Ghani merupakan anak bongsu dan mempunyai 5 orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan  dibesarkan di Kg Renek, Besut, Terengganu.  Bapanya Muhammad Ghani merupakan seorang buruh manakala ibunya Roslina seorang suri rumah sepenuh masa. Nurul Farisha merupakan seorang yang kanak-kanak yang aktif serta berdaya saing di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Nurul Farisha selalu mewakili sekolah untuk pertandingan akedemik mahupun sukan. Beliau seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui serta mendalami ilmu pelayaran online dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam menonton aplikasi Youtube dan bermain game secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Nurul Farisha tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya kerana beliau hanya biasa menggunakan telefon untuk melayari internet. Namun dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan telefon dan internet namun masih belum menguasai penggunaan komputer. Namun, Nurul Farisha sangat berminat menerokai ilmu berkaitan teknologi maklumat. Dan beliau hanya menggunakan telefon untuk menerokai ilmu tersebut sebelum penglibatan dalam pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nurul Farisha mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Nurul Farisha sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Nurul Farisha menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.

 

F

Nama Raja Atira Binti Raja Mat
Umur 30 Tahun
Ahli 14 Ogos 2020

 

 

photo 2020 09 21 15 03 52

 

Latar belakang

Raja Atira Binti Raja Mat merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai 1 orang anak dan suaminya berkerja di Handal Offshore Services Sdn Bhd. Berusia 30 tahun, dan seorang yang sangat minat menceburi bidang bisnes. Raja Atira memulakan bisnes dengan menjadi dropship produk kecantikan seperti Fe’vits Beauty Skin, Extra Skin White (ESW), Vitamin C Serum Annona VCS dan Birdnest Essence by PNA.  Alhamdulillah, berkat usahanya barang yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Shopee sebagai platform perniagaannya selain Facebook. Bermodalkan RM 0, Shopee beliau kini dikenali ramai dan menjadi pilihan pembeli kerana barangan yang murah, dan beliau turut membuat kraftangan seperti pelbagai pilihan brooch yang comel untuk dijadikan hadiah dan dijual di dalam Shopee. Jualan beliau mencecah ribuan ringgit dengan pengguna shopee lebih 1 juta orang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 1,000 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan Teknologi dan Shopee serta cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Raja Atira Binti Raja Mat menggunakan media sosial dan Shopee sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook dan juga Shopee sebagai salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google serta menghadiri kelas berbayar bersama sifu online.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 2,500 – RM 3,000

 

r1

 

photo 2020 10 04 10 33 23

 

 

Latar belakang

Norshahidah Bt Mazlan merupakan seorang pelajar di Universiti Kolej Bestari, Permaisuri, Setiu Terengganu mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tahun 2. Merupakan anak ke-5 dari 8 adik beradik. Ayah bekerja sebagai Petani dan ibu suri rumah. Berusia 20 tahun, dan seorang yang sangat minat menceburi bidang bisnes. Norshahidah memulakan bisnes dengan menjadi dropship produk Choco Tub Cripsy.  Alhamdulillah, berkat usahanya barang yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Facebook sebagai platform perniagaannya selain jualan secara langsung, COD. Tidak memerlukan modal, Norshahidah memilih untuk menjadi dropship kerana tidak mahu mengambil risiko kerana masih belajar. Minat berniaga sejak kecil kerana keluarga minat berniaga dan selain itu tujuan utama berniaga adalah untuk menampung kos pengajiannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 100 hingga RM 200 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan bisnes di Pusat Internet, Norshahidah menggunakan media social Facebook sebagai tempat mempromosikan jualannya. Norshahidah juga menggunakan saluran wassap untuk mempromosi produk jualannya. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google serta menghadiri kelas berbayar bersama sifu online.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 400 – RM 500

 

ccjar.jpg

Nama

Annuraina Farhana Binti Kamal

Umur 10 Tahun
Ahli 28 Ogos 2020

 

 

photo 2020 09 21 14 53 01

 

Latar belakang

Annuraina Farhana Binti Kamal merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jabi tahun 4. Annuraina Farhana Binti Kamal merupakan anak ke-empat dan mempunyai tujuh orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Melaka dan  dibesarkan di Kg Tambak Paya, Melaka. Sebelum ini , beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jabi bermula tahun 2019 atas urusan keluarga. Bapanya Kamal Bin Mat Jais merupakan seorang buruh manakala ibunya Rosidah Binti Mat Amin merupakan seorang tukang masak di Restoran Satay Terkenal di Jabi, Terengganu. Annuraina Farhana merupakan seorang yang kanak-kanak yang aktif serta berdaya saing di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Annuraina Farhana menyertai pertandingan Lumba Lari peringkat sekolah dan mendapat tempat ke-dua. Selain itu, beliau junga menyertai pertandingan kouir peringkat daerah dan mendapat Saguhati. Beliau seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui serta mendalami ilmu pelayaran online dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam menonton aplikasi Youtube dan bermain game secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Annuraina Farhana Binti Kamal tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya kerana beliau hanya biasa menggunakan telefon untuk melayari internet. Namun dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan telefon dan internet namun masih belum menguasai penggunaan komputer. Annuraina Farhana tidak pernah mengunjungi Pusat Internet kerana beliau tidak mengetahui tentang pusat internet. Namun, Annuraina Farhana sangat berminat menerokai ilmu berkaitan teknologi maklumat. Dan beliau hanya menggunakan telefon untuk menerokai ilmu tersebut sebelum penglibatan dalam pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Annuraina Farhana mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Annuraina Farhana sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet yang merupakan ibu saudara beliau untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Annuraina Farhana menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Annuraina Farhana dalam dunia fesyen dan kecantikan, beliau sering mencuba untuk membuat design melalui aplikasi Canva yang diajar oleh petugas Pusat Internet.

 

photo 2020 09 21 14 53 10