Nama | Raja Atira Binti Raja Mat |
Umur | 30 Tahun |
Ahli | 14 Ogos 2020 |
Latar belakang
Raja Atira Binti Raja Mat merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai 1 orang anak dan suaminya berkerja di Handal Offshore Services Sdn Bhd. Berusia 30 tahun, dan seorang yang sangat minat menceburi bidang bisnes. Raja Atira memulakan bisnes dengan menjadi dropship produk kecantikan seperti Fe’vits Beauty Skin, Extra Skin White (ESW), Vitamin C Serum Annona VCS dan Birdnest Essence by PNA. Alhamdulillah, berkat usahanya barang yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Shopee sebagai platform perniagaannya selain Facebook. Bermodalkan RM 0, Shopee beliau kini dikenali ramai dan menjadi pilihan pembeli kerana barangan yang murah, dan beliau turut membuat kraftangan seperti pelbagai pilihan brooch yang comel untuk dijadikan hadiah dan dijual di dalam Shopee. Jualan beliau mencecah ribuan ringgit dengan pengguna shopee lebih 1 juta orang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 1,000 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas keusahawanan Teknologi dan Shopee serta cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Raja Atira Binti Raja Mat menggunakan media sosial dan Shopee sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook dan juga Shopee sebagai salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google serta menghadiri kelas berbayar bersama sifu online.
Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 2,500 – RM 3,000