Latar belakang
Norshahidah Bt Mazlan merupakan seorang pelajar di Universiti Kolej Bestari, Permaisuri, Setiu Terengganu mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tahun 2. Merupakan anak ke-5 dari 8 adik beradik. Ayah bekerja sebagai Petani dan ibu suri rumah. Berusia 20 tahun, dan seorang yang sangat minat menceburi bidang bisnes. Norshahidah memulakan bisnes dengan menjadi dropship produk Choco Tub Cripsy. Alhamdulillah, berkat usahanya barang yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Facebook sebagai platform perniagaannya selain jualan secara langsung, COD. Tidak memerlukan modal, Norshahidah memilih untuk menjadi dropship kerana tidak mahu mengambil risiko kerana masih belajar. Minat berniaga sejak kecil kerana keluarga minat berniaga dan selain itu tujuan utama berniaga adalah untuk menampung kos pengajiannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 100 hingga RM 200 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas keusahawanan dan mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan bisnes di Pusat Internet, Norshahidah menggunakan media social Facebook sebagai tempat mempromosikan jualannya. Norshahidah juga menggunakan saluran wassap untuk mempromosi produk jualannya. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google serta menghadiri kelas berbayar bersama sifu online.
Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 400 – RM 500