TARIKH       : 24 OGOS 2020  

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

photo 2020 08 24 11 08 28

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Point untuk tujuan harian dan tugasan pembelajaran dan pembentangan.

AKTIVITI

Peserta seramai 2 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan mempelajari asas Microsoft Word dengan bantuan petugas untuk menyiapkan tugasan sekolah dan surat yang ingin ditaip atas urusan rasmi dan tidak rasmi. Mereka diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej  dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word. Pelajar juga diajar membuat slide tugasan sekolah dengan menggunakan Microsoft Power Point untuk tujuan pembentangan sekolah.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 23 OGOS 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

photo 2020 08 24 11 07 40

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada bakal pelajar universiti untuk lebih mahir dalam penggunaan aplikasi secara atas talian.

AKTIVITI

Pelajar tersebut mendapat tawaran sambung belajar dalam jurusan ijazah di USM dan beliau ingin mencetak keluar tawaran tersebut. Setelah itu, beliau mengisi bantuan belajar dari MAIDAM dan beliau berjaya mengisi borang tersebut. Seterusnya, pelajar tersebut diajar cara-cara mendaftar perbankan secara atas talian untuk kemudahan transaksi tanpa perlu ke ATM lagi. Pendaftaran tersebut berjaya dan beliau boleh mengakses maklumat bank tersebut menerusi atas talian.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 21 OGOS 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

photo 2020 08 24 10 16 15

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.

AKTIVITI

Pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan 3 menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus beliau iaitu subjek Sejarah. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolahnya. Beliau turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolahnya memerlukan beliau menaip dan mencetak. Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej  dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 22 OGOS 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

 

photo 2020 08 24 10 25 10

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah mengenai semangat Kemerdekaan.

 

AKTIVITI

Program dimulakan dengan aktiviti mewarna. Peserta merupakan adik-beradik . Mereka diajar oleh petugas PI cara-cara menggunakan komputer dan mencari poster merdeka untuk diwarna. Selepas mewarna, mereka menghasilkan diy kemerdekaan menggunakan lidi. Mereka berjaya membuat diy tersebut.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 19 OGOS 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 2 ORANG

 

photo 2020 08 24 10 12 51

 

 

TUJUAN

Memberi kemudahan jalur lebar kepada komuniti setempat dan melahirkan komuniti yang celik it dalam penggunaan asas internet.

 

AKTIVITI

Pelajar dan komuniti diajar cara-cara untuk membuka laman web gmail dengan memasukkan alamat email dan password. Pengguna turut diajar cara-cara untuk mencari maklumat tugasan melalui search engine dalam safe website. Pengguna tersebut berjaya menjawab peperiksaan SPA manakala pelajar tersebut berjaya menghantar dokumen tugasan Microsoft Word melalui Gmail.

 

Gambar Disini