TARIKH       : 03 OKTOBER 2020  

 MASA         : 9.30 - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 15 ORANG

 

 

photo 2020 09 26 15 04 07

 

 

TUJUAN

Untuk memberi pendedahan kepada peserta MPKK tentang penggunaan microsoft word dan pengenalan tools yang terdapat pada komputer.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer bermula daripada cara membuka butang ON komputer. Setelah itu petugas mengajar peserta untuk menulis tugasan atau laporan menggunakan Microsoft Word. Golongan yang hadir merupakan ahli jawatankuasa MPKK. Mereka berjaya membuat tugasan dan memahami langkah-langkah penggunaan komputer.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 20 SEPT 2020  

 MASA         : 9.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

 

photo 2020 09 20 10 03 37

 

TUJUAN

Untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menjalani kelas pembelajaran secara online pada musim Covid-19.

AKTIVITI

Pelajar tersebut membuka aplikasi admodo pada laman sesawang dan memasuki kelas pembelajaran online oleh guru serta mempunyai kemudahan slideshare. Antara kelebihan penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh pensyarah, pelajar dan ibu bapa tanpa mengira tempat dan masa serta merupakan satu platform pembelajaran yang selamat. Hal ini memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. Selain itu, pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 12 SEPT 2020  

 MASA         : 9.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 45 ORANG

 

 

photo 2020 09 20 09 14 45

 

Tujuan

Tujuan kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada komuniti mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT.

Aktiviti

Terdapat tiga sesi pembelajaran yang dianjurkan oleh Pengerusi Sistem Maklumat Dun dan menggunakan bilik latihan ICT Pusat Internet sebagai tempat pembelajaran IT untuk petugas sistem maklumat pilihanraya umum PDM dalam Dun Jabi. Petugas pusat internet membantu mereka dari segi pengenalan komputer dan mereka juga telah mempunyai Petugas Khas IT Bilik Gerakan untuk mengajar sistem tersebut.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 18 SEPT 2020  

 MASA         : 10.00 - 10.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

 

photo 2020 09 20 10 03 27

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar universiti yang sentiasa peka dengan maklumat teknologi terkini serta maklumat semasa negara.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada kepada pelajar yang bakal memasuki universiti pada bulan Oktober 2020 cara untuk mendaftar aplikasi MySejahtera untuk memudahkan beliau imbas kod di mana-mana lokasi beliau berada. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 10 SEPT 2020  

 MASA         : 10.00 - 11.00 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 4 ORANG

 

 

photo 2020 09 20 09 28 02

 

TUJUAN

Untuk mendedahkan tentang kepentingan dan kemudahan ICT untuk mencari pekerjaan kepada pelajar dan komuniti.

AKTIVITI

Pelajar yang mengunjungi pusat internet mendapat tawaran penempatan sebagai pegawai perubatan siswazah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Mereka membuka website ehouseman.moh.gov.my untuk mencetak keluar tawaran penempatan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka yang bakal menjadi Frontliners Malaysia.

 

Gambar Disini