TARIKH : 10 DISEMBER 2020 MASA : 9.30- 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk memberi kemudahan jalur lebar serta privacy kepada pelajar yang mempunyai ingin membuat pembentangan pembelajaran secara online pada musim Covid-19.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut untuk "share screen" bagi membentangkan tugasan beliau kepada pensyarah melalui aplikasi Zoom. Pembentangan beliau berjalan lancar dan mendapat pujian daripada pensyarah atas kecekapan beliau.
TARIKH : 06 DISEMBER 2020 MASA : 9.30- 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk memberi kelajuan internet kepada pelajar yang mempunyai kelas secara online pada musim Covid-19.
AKTIVITI
Pelajar tersebut menggunakan aplikasi Zoom untuk berbincang secara berkumpulan bersama guru dan menggunakan Whatsapp Web untuk menghantar tugasan hasil perbincangan melalui aplikasi Zoom kepada pensyarahnya.
TARIKH : 18 NOVEMBER 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang mahir dan kreatif dalam penggunaan asas komputer dan internet.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara-cara untuk mendaftar akaun zoom bagi menghadiri kursus Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) secara online. Selain itu, pelajar yang hadir ke pusat internet turut diajar cara-cara untuk membuat slide pembentangan dengan menggunakan Microsoft Power Point untuk memudahkan pembentangan mereka di dalam kelas online.
TARIKH : 21 NOVEMBER 2020 MASA : 2.30- 5.30 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Untuk memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menjalani kelas pembelajaran secara online pada musim Covid-19.
AKTIVITI
Pelajar tersebut membuka aplikasi gmail dan menggunakan aplikasi Google Meet untuk membuat perbincangan tugasan secara berkumpulan. Setelah itu, beliau menggunakan zoom untuk tujuan merekod presentation mereka daan menghantar tugasan tersebut serta present melalui aplikasi tersebut kepada guru. Hal ini memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. Selain itu, pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya.
TARIKH : 17 NOVEMBER 2020 MASA : 9.30 - 10.00 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang sentiasa peka dengan maklumat teknologi terkini serta maklumat semasa negara.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada kepada seorang komuniti yang ingin mendaftar aplikasi MySejahtera. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.