TARIKH       : 16 FEBRUARI 2021

 MASA         : 4.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

photo 2021 02 22 09 17 52 2

 

TUJUAN

Memberi kemudahan jalur lebar kepada komuniti setempat dan melahirkan komuniti yang celik it dalam perbankan secara atas talian. 

AKTIVITI

Sebelum menjalankan internet banking, pengunjung perlu mengaktifkan akaun atas talian terlebih dahulu sebelum menjalankan transaksi. Pengunjung diajar cara-cara untuk membuka perbankan secara atas talian dengan memasukkan id dan password. Pengunjung turut diajar cara-cara untuk memuat turun penyata transaksi bagi setiap suku bulan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 11 FEBRUARI 2021

 MASA         : 11.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

photo 2021 02 22 09 15 46

 

 

TUJUAN

Melahirkan ibubapa yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet dan mencari website atau portal tanpa bantuan orang lain.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar cara membuka aplikasi whatsapp web melalui laman google kepada seorang ibu yang ingin mencetak dokumen pembelajaran anak yang diberi melalui aplikasi whatsapp bersama group guru kelas. Beliau berjaya membuka whatsapp web tersebut dan mencetak keluar dokumen tersebut dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 03 FEBRUARI 2021

 MASA         : 10.00 - 11.00 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

photo 2021 02 22 09 15 04

 

TUJUAN

Melahirkan usahawan yang mahir dalam pengurusan perniagaan dan aktif dalam penggunaan Shopee.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang mengunjungi Pusat Internet Kg Jabi. Usahawan tersebut diajar tentang cara-cara mencetak keluar slip yang digunakan untuk pengeposan yang dipanggil sebagai Airwaybill. Usahawan ter berjaya mencetak keluar AWB tersebut dan bakal sentiasa menggunakan khidmat Pusat Internet sebagai tempat untuk penggunaan internet usahawan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 06 FEBRUARI 2021

 MASA         : 3.00 - 4.30 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

photo 2021 02 22 09 15 37

 

 

Tujuan 

Kelas asas komputer diperkenalkan kepada pelajar supaya mereka lebih cekap menggunakan IT dan ICT.

Aktiviti 

Petugas memantau pelajar yang menggunakan asas komputer dan komunikasi web untuk membuat kerja kursus mereka berdasarkan rujukan pada laman sesawang pendidikan. Pelajar tersebut berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 23 JANUARI 2021

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG 

 

 

photo 2021 01 24 13 34 39

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang celik IT dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk membuka laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang secara atas talian bagi tujuan pengemaskinian maklumat pelajar sekolah. Permohonan kemasukan pelajar ke darjah yang baharu bagi tahun 2021 mestilah melalui secara atas talian dan setelah pengisian sudah dibuat haruslah dicetak untuk menghantar borang di sekolah masing-masing bersama dokumen sokongan lain yang dinyatakan. Komuniti berjaya mengisi borang tersebut secara atas talian.

 

Gambar Disini