T

 

 

photo 2021 12 18 11 27 38

 

 

TUJUAN

Melahirkan usahawan Shopee yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan Shopee.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang mengunjungi Pusat Internet Kg Jabi. Usahawan tersebut diajar tentang cara-cara mencetak keluar slip yang digunakan untuk pengeposan yang dipanggil sebagai Airwaybill. Usahawan tersebut berjaya mencetak keluar AWB tersebut. Usahawan tersebut menjual barangan spare part kereta dan motor.

 

Gambar Seterusnya


 

 

 

photo 2021 12 18 11 24 52

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara mengisi SPA secara atas talian dengan mencari portal atau website yang tepat. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh pengisian sesuatu permohonan.

 

Gambar Seterusnya


 

 

 

photo 2021 12 18 10 57 05

 

TUJUAN

Untuk melahirkan pengguna yang mahir dalam penggunaan IT dan sentiasa ambil tahu mengenai hal terkini.

AKTIVITI

Petugas memberikan tunjuk ajar untuk mencara laman web E-Munakahat Terengganu bagi mengisi borang nikah secara atas talian. Pengguna tersebut juga adalah pengguna yang masih kurang mahir dalam penggunaan IT. Mereka pertama kali mengunjungi pusat internet untuk mengisi borang nikah secara atas talian. Pasangan tersebut perlu mengisi pelbagai borang yang berada di dalam laman web tersebut

 

Gambar Seterusnya


 

 

 

photo 2021 12 18 11 20 49

 

 

Tujuan

Untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui email.

Aktiviti

Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, pelajar sekolah yang ingin membuat tugasan sekolah turut diajar cara-cara menggunakan Microsoft Word secara atas talian menggunakan aplikasi google drive untuk menaip tugasan.

 

Gambar Seterusnya


 

 

Posted @withregram • @skmm_mcmc Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia memberi fokus kepada golongan pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih pada kos yang berpatutan dan mampu milik.
 
Melalui pelan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing dapat membantu para pelajar untuk memiliki peranti yang bersesuaian bagi menjalani aktiviti pembelajaran dalam talian dengan mudah selain melakukan aktiviti harian lain seperti melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.