TARIKH : 14 JULAI 2020 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk membina pengunjung yang mahir dalam pencarian maklumat pekerjaan kosong di musim covid-19.
Aktiviti
Petugas memberi tahu pengunjung senarai laman web yang mereka perlu lawati untuk mengisi kekosongan jawatan. Antaranya, Jobstreet, Job Malaysia dan Mau Kerja.
TARIKH : 11 JULAI 2020 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Supaya pelajar sentiasa peka dengan maklumat sambung pembelajaran ke peringkat universiti secara atas talian .
Aktiviti
Pelajar tersebut membuka laman web pengajian tinggi yang telah mereka mohon untuk mengisi boring-borang kemasukan pada buulan Ogos nanti. Mereka di pantau oleh petugas kerana mereka ingin belajar cara-cara memasukkan dokumen pdf ke jpeg di dalam laman web tersebut.
TARIKH : 07 JULAI 2020 MASA : 8.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 85 ORANG |
Tujuan
Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi-agensi kerajaan, komuniti serta petugas pusat internet.
Aktiviti
Program Yadim Peduli Pasca Musa’adah Covid-19 Peringkat Negeri Terengganu diadakan di Masjid Kg Jabi dengan kerjasama YADIM , Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Balai Bomba Dan Penyelamat Jerteh, Pejabat Agama Daerah Besut dan Pusat Internet Kg Jabi. Program ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu YABRS Tuan Haji Mat Azmi Bin Arshad.
TARIKH : 08 JULAI 2020 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugasan sekolah menggunakan asas komputer dan internet.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka email dan memuat turun gambar yang ingin di cetak keluar dari search engine. Beliau Berjaya membuka email dan mencetak keluar tugasan seni nya.
TARIKH : 06 JULAI 2020 MASA : 10.00 - 11.00 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk melahirkan komuniti yang peka dengan aplikasi secara website menggunakan komputer..
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web dengan scan bar code dan pengunjung berjaya mencetak keluar dokumen dari aplikasi tersebut secara atas talian menggunakan komputer.