TARIKH       : 03 OGOS 2019   

 MASA         : 2.30 - 5.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

 

photo 2019 08 06 12 21 38

 

Tujuan

Tujuan kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar dan para lepasan pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui email.

Aktiviti

Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen mengenai google maps di ajar untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, para lepasan diploma dan matrikulasi membuka diajar untuk membuka  laman web universiti yang mereka perolehi untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka di ajar untuk mengupload dokumen yang dikehendaki ke dalam laman sesawang tersebut serta mencetak keluar borang tersebut setelah selesai diisi.

Gambar Disini


 

TARIKH       : 31 JULAI 2019   

 MASA         : 3.30 - 4.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 6 ORANG

 

 photo 2019 08 02 16 02 22

 

 

Tujuan

E-pembelajaran yang dilakukan di Pusat Internet Kg Jabi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada komuniti serta pelajar tentang kemodenan IT dan ICT pada masa kini yang boleh membantu mereka untuk mengenali dunia perniagaan secara online dan penggunaan youtube sebagai panduan pembelajaran.

Aktiviti

 Pelajar yang menghadiri kelas e-pembelajaran membuka youtube seperti yang diajar oleh petugas PI dan mencari turorial asas makeup yang mereka inginkan. Para pelajar pada masa kini sangat berminat mengenai pembelajaran makeup di samping mereka boleh menghindarkan diri mereka dari penggunaan makeup yang bukan original. Mereka juga dapat mempelajari makeup dan membuat pendapatan sampingan jika mereka bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkan apa yang di tonton pada youtube. Pelajar yang menyertai kelas e-pembelajaran ini terdiri daripada pelajar perempuan sekolah menengah.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 21 JULAI 2019   

 MASA         : 10.30 - 3.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 15 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 07 26 at 4.30.47 PM

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajr pusat pemulihan Kg Jabi dan sekolah menengah mengenai asas komputer dan e-pembelajaran serta kepentingan dashboard komuniti.

AKTIVITI

Program dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta PPDK diajar oleh petugas PI cara-cara menggunakan komputer dan cara mengakses internet dengan di awasi oleh guru mereka. Pelajar sekolah PPDK diajar cara mewarna secara online menerusi sesawang colouring yang telah ditetapkan oleh petugas mengenai "No Bullying". Manakala, komuniti diajar untuk memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti ke dalam telefon masing-masing untuk tujuan pelbagai informasi seperti MyShop, Myhealth dan sebagainya. Kuiz Dashboard Myhealth juga turut diadakan di kalangan komuniti yang hadir.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 27 JULAI 2019   

 MASA         : 3.30 - 4.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 7 ORANG

 

photo 2019 08 01 14 44 21

 

Tujuan

Tujuan kelas pembelajaran ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, petugas PI juga dapat menghebahkan kepada komuniti tentang kemudahan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet. Pelajar yang mengunjungi pusat internet juga mendapat banyak kelebihan di mana kini pembelajaran mereka menggunakan ICT dan IT.

Aktiviti

 Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada laman web e-pembelajaran  iaitu di https://www.proprofs.com. Peserta diminta untuk mencari permainan puzzle "word search" pada laman web tersebut. Mereka perlu menggunakan mouse untuk mencari dan menyelesaikan perkataan yang dikehendaki. Hal ini dapat memberi kelebihan berfikir secara mendalam dan kreatif kepada mereka. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 20 JULAI 2019   

 MASA         : 10.00 - 4.30 petang

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 20 ORANG

 

WhatsApp Image 2019 07 26 at 3.18.43 PM

 

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mengenai asas komputer dan e-pembelajaran.

AKTIVITI

Program dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta diajar oleh petugas PI cara-cara menggunakan komputer dan cara mengakses internet. Pelajar sekolah rendah diajar cara mewarna secara online menerusi sesawang colouring yang telah ditetapkan oleh petugas mengenai "No Bullying". Manakala, pelajar sekolah menengah diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan poster kemerdekaan menggunakan kekreatifan masing-masing.

 

Gambar Disini