TARIKH       : 18 OKTOBER 2019  

 MASA         : 9.30 - 11.30 PAGI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

photo 2019 10 18 10 30 15

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara menjawab soalan peperiksaan SPA secara atas talian dan menyiapkan tugasan sekolah dengan mencari maklumat secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberitahu komuniti yang ingin menghadapi peperiksaan SPA tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan untuk mematuhi masa yang ditetapkan. Peserta berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga telah membawa peralatan seperti kalkulator untuk menjawab soalan pengiraan. Selain itu, dua orang pelajar tingkatan 4 mencari maklumat mengenai tugasan Matapelajaran Geografi dan mencetak keluar maklumat tersebut.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 12 OKTOBER 2019  

 MASA         : 10.00 - 3.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 20 ORANG

 

photo 2019 10 18 10 24 18

 

TUJUAN

Untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dan membuka akaun blogspot untuk memperkenalkan produk secara website.

AKTIVITI

Trainer memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara mempromosikan produk menggunakan platform yang terkenal pada masa kini iaitu Instagram dan Facebook selain memperkenalkan cara mempromosikan barangan mereka menggunakan blog. Mereka juga diajar cara-cara untuk menarik followers ke platform promosi mereka dengan membuat gambar-gambar yang di edit dengan cantik dengan menggunakan applikasi seperti Picsart pada smartphone. Mereka turut diajar mengedit gambar daripada Google dengan memilih gambar PNG supaya mereka boleh memadankan imej tersebut dengan mana-mana background yang ingin digunakan.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 10 OKTOBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 9 ORANG

 

photo 2019 10 18 10 23 12

 

 

TUJUAN

Untuk menambah kecekapan pelajar dalam pembelajaran dalam penggunaan internet .

AKTIVITI

Peserta yang terlibat adalah dari pelajar sekolah rendah. Pelajar diminta untuk membuka laman web Word Search Bahasa Inggeris dan mencari perkataan tersebut. Kuiz tersebut adalah cabaran kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat di samping meningkatkan kemahiran mereka dalam IT dan ICT.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 15 OKTOBER 2019  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

photo 2019 10 18 10 27 00

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara menjawab soalan peperiksaan SPA secara atas talian dan mendaftar sebagai kontraktor baru pada laman web CIMS-CIDB .

Aktiviti

Petugas memberitahu komuniti yang ingin menghadapi peperiksaan SPA tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan untuk mematuhi masa yang ditetapkan. Peserta berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga telah membawa peralatan seperti kalkulator untuk menjawab soalan pengiraan. Selain itu, seorang komuniti lelaki memasuki laman web CIMS-CIDB untuk pembayaran pemnyambungan lesen kontrak dan penambahan sub-kontrak yang baru.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 01 OKTOBER 2019  

 MASA         : 3.00 - 4.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   :9 ORANG

 

photo 2019 10 18 10 20 05

 

TUJUAN

Memberi taklimat kepada pelajar-pelajar tentang penggunaan komputer dan internet secara berhemah dan bijak.

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk membuka laman web kuiz pembelajaran Klik Dengan Bijak. Mereka diarahkan untuk menjawab soalan kuiz tersebut tentang internet serta serba sedikit menambah ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet. Mereka juga dapat menjawab soalan-soalan kuiz ini dengan tepat. Peserta yang terlibat adalah dari pelajar sekolah rendah.

 

Gambar Disini