TARIKH       : 16 JULAI 2019   

 MASA         : 10.00 - 12.30 TENGAHARI

 LOKASI      : PUSAT INTERNET JABI

 PESERTA   : 5 ORANG

 

IMG 7560

 

TUJUAN

Memberi pendedahan cara penggunaan internet untuk tujuan membuat resume bagi memohon pekerjaan serta memasuki laman web SPA untuk mendapatkan maklumat jawatan kosong terkini.

AKTIVITI

Memberi taklimat cara penggunaan internet kepada peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah dan komuniti. Peserta bekas pelajar diberi tunjuk ajar untuk membuat resume dengan betul berpandukan template resume yang dibekalkan dalam sumber Google. Mereka juga turut diajar untuk menukar dokumen yang berbentuk PDF kepada Microsoft Word untuk memudahkan proses editing maklumat. Hal ini penting untuk dilakukan dengan betul kerana setiap pekerjaan yang ingin dipohon memerlukan maklumat diri yang dibuat melalui resume. Mereka turut dikenalkan dengan laman web SPA yang cukup terkenal sebagai laman web untuk mencari kekosongan jawatan bagi sektor Kerajaan. Selain itu, seorang komuniti lelaki menggunakan microsoft word untuk membuat kertas kerja bagi menguruskan perniagaan beliau. Beliau merupakan pengunjung tetap Pusat Internet Kg Jabi.

 

Gambar Disini