MICROSOFT WORD - BUAT SLIP GAJI

TARIKH

 30 DISEMBER 2017

MASA

 2.30 - 4.00 PETANG 

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 1 ORANG

 

IMG 4853

 

TUJUAN

Slip gaji amat penting bagi tujuan rasmi terutama melibatkan dalam proses pembelian yang berjumlah besar seperti belian aset. Majikan yang akan mengeluarkan slip gaji kepada pekerja untuk simpanan peribadi mahupun tujuan rasmi. Bagi majikan yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan juga perlu mengeluarkan slip gaji kepada pekerja kerana ia merupakan satu tanggungjawab terhadap pekerja.

 

AKTIVITI

Membuat Slip Gaji kepada pekerja dengan menggunakan Microsft Word. Pembuatan slip gaji ini juga bukan dari pekerja tetapi sebaliknya majikan. Walaupun perniagaan yang dijalankan hanyalah kecil-kecilan sahaja namun apabila melibatkan pekerja bawahan mereka perlu menyediakan slip gaji ini untuk mereka.

 


 

PROGRAM EREZEKI SIRI 3 DIS 2017

TARIKH

 30 DISEMBER 2017

MASA

 9.30 - 1.00 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4 ORANG

 

 

IMG 4847

 

TUJUAN

Memberi peluang kepada golongan muda belia dan pendapatan isi rumah bawah RM4000.00 sebulan untuk mencari pendapatan sampingan dan peluang pekerjaan samaada kerja tetap mahupun secara atas talian.

 

AKTIVITI

Memberi pendedahan tentang program eRezeki yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) serta membuat pendaftaran keahlian bersama pihak eRezeki secara atas talian. Selain itu juga, pelajar diberitahui tentang pemilihan kerja berdasarkan kelayakan dan kemahiran masing-masing.

 


 

 

KELAS ASAS MICROSOFT WORD

TARIKH

 19 DISEMBER 2017

MASA

 10.00PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4

 

IMG 4829

 

TUJUAN

Menggalakkan pelajar untuk  belajar dan mengetahui asas Micrososft Word serta menanam sikap ingin belajar kepada pelajar. Tujuan ini juga untuk memperkenalkan kepada komuniti kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

 

AKTIVITI

Menjalankan dan memperkenalkan Microsoft Word kepada pelajar. Selain itu, memberi latihan pengenalan asas menaip, mereka juga berpeluang untuk menggembara dalam Microsoft Word serta membuat surat - menyurat.

 


 

 

BUKA AKAUN EMAIL (GMAIL)

TARIKH

 30 DISEMBER 2017

MASA

 9.30 - 11.00PAGI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2


IMG 4844

 

TUJUAN

Email merupakan salah satu saluran maklumat komunikasi, dengan email juga kita dapat menyebarkan maklumat secara bertulis atau secara 'softcopy'. Pembukaan akaun email sekarang amat penting kerana semua penyebaran maklumat dapat dibuat dihujung jari sahaja. Menggalakkan belia remaja terbiasa dengan penggunaan email selain manfaatkan dengan cara yang betul.

 

AKTIVITI

Membuka akaun email bagi pelajar lepasan IPTA/IPTS untuk kegunaan harian seperti perhubungan maklumat secara atas talian. Selain itu juga, penggunaan email penting bagi tujuan penghantaran RESUME terutama bagi golongan lepasan IPTA/IPTS untuk memohon pekerjaan atas talian.

 


 

 

PENDAFTARAN ONLINE KE KOLEJ VOKASIONAL LEPASAN PT3

TARIKH

 14 DISEMBER 2017

MASA

 11.30PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5

 

IMG 4820

 

TUJUAN

Halatuju bagi lepasan PT3 untuk memilih saluran pendidikan biasa atau pendidikan vokasional mengikut kemahiran pelajar masing- masing. Pengisian atas talian dibuat selepas keputusan peperiksaan PT3 diumumkan.

 

AKTIVITI

Pelajar lepasan PT3 Sekolah Menengah Jabi mengisi pendaftaran ke kolej Vokasional secara atas talian. Selain itu, mereka juga boleh membuat semakan keputusan PT3 melalui atas talian.