ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
TARIKH |
12 FEBRUARI 2018 |
MASA |
3.30 - 4.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
1 ORANG |
TUJUAN
Menghebahkan pengetahuan am dan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk kepada komuniti yang mengikuti syarat-syarat dan terma.
AKTIVITI
Pelajar IPTA mengisi borang kelayakan kemasukan ke kolej dan membuat permohonan bantuan dengan pihak tertentu seperti MAIDAM/ Yayasan Terengganu. Maklumat seperti ini perlu dihebahkan agar dapat mambantu kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
MICROSOFT OFFICE - PEMBELAJARAN MICROSOFT WORD
TARIKH |
12 FEBRUARI 2018 |
MASA |
2.30 - 3.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
2 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar celik it dari segi penggunaan komputer, bukan sekadar penggunaan internet semata-mata. Pelajar turut didedah penggunaan Microsoft Office.
AKTIVITI
Pelajar diberi tunjuk ajar penggunaan Microsoft Word iaitu dengan membuat perenggan dan penukaran bentuk serta size tulisan. Pelajar ini terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Mereka juga diajar cara membuat 'Copypaste' dengan mengambil bahan rujukan melalui internet. Mereka juga perlu belajar kerana segala bahan rujukan banyak didalam internet.
PENDAFTARAN EREZEKI DAN BUKA AKAUN EMAIL-GMAIL
TARIKH |
10 FEBRUARI 2018 |
MASA |
10.30 - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
1 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan penggunaan internet dan berpeluang jana pendapatan secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta membuat pendaftaran buka Akaun Email melalui GMAIL dan seterusnya membuat pendaftaran eRezeki. Tetapi sebelum itu peserta didedahkan dengan maklumat mengenai apa itu eRezeki dan platform-platform yang terkandung didalam eRezeki. Setelah membuat pendaftaran dengan pihak eRezeki peserta boleh terus melakukan kerja secara sambilan melalui penggunaan internet dan juga melalui laman media sosial.
CARA PENGGUNAAN EMAIL & PENDAFTARAN EREZEKI
TARIKH |
12 FEBRUARI 2018 |
MASA |
10.00 - 1.00 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
2 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti yang mempunyai email dan email merupakan salah satu bentuk saluran maklumat secara atas talian yang amat diperlukan oleh setiap orang buat masa kini. Selain itu, mewujudkan komuniti untuk menjana pendapatan lebih secara atas talian dengan membuat pendaftaran bersama pihak Erezeki.
AKTIVITI
Pelajar terdiri daripada lepasan SPM dan pelajar IPTA yang masih menuntut dan memerlukan pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat untuk kegunaan harian dalam pembelajaran. Penggunaan email amat tidak asing buat masa kini dan memerlukan pengetahuan tentang cara penggunaan email. Mereka diajar untuk membuka akaun email dan membuat pendaftaran erezeki untuk jana pendapatan tambahan secara atas talian.
PROMOSI DASHBOARD KOMUNITI
TARIKH |
05 FEBRUARI 2018 |
MASA |
11.30 - 12.30 TENGAHARI |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
1 ORANG |
TUJUAN
Membentuk komuniti pintar teknologi dengan adanya aplikasi Dashboard Komuniti. Memberi kemudahan yang pelbagai termasuk penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta merupakan seorang usahawan dropship dan memuat naik gambar produk untuk tujuak iklan dan prmosi melalui saluran yang betul melalui modul My Shop. Peserta juga turut menginstall aplikasi DK di telefon pintar agar lebih mudah untuk membuat sebarang urusan.