TARIKH : 16 MAC 2018 MASA : 11.00 - 1.00 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti pintar melalui penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dan membantu meningkatkan sosia ekonomi komuniti setempat serta melahirkan generasi berilmu dengan sumber cyber.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan alatan My Health juga merupakan salah satu modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Mereka boleh membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan. Selain itu peserta juga turut diperkenalkan dengan modul My Shop iaitu tempat saluran promosi produk komuniti setempat bagi usahawan mahupun peniaga dan juga berpeluang untuk membeli belah di My Shop dengan hanya dihujung jari. Pendedahan penggunaan My Place turut dibuat bagi membantu menaikkan nama komuniti setempat terutama tempat yang popular dengan keenakan makanan, tempat-tempat yang manarik serta kemudahan yang disediakan dikomuniti setempat itu sendiri.
TARIKH : 15 & 16 MAC 2018 MASA : 2.30 - 4.30 PETANG : 9.30 -12.00 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Kini teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutama golongan yang kurang pendedahan terhadap IT. Memberi peluang kepada komuniti setempat mengambil peluang dengan kemudahan yang disediakan serta memanfaatkan peluang yang ada termasuk untuk menjana punca pendapatan.
AKTIVITI
Memberi taklimat ringkas dan membuat pendaftaran erezeki. Selain itu, peserta juga diterangkan dengan platform-platform yang berdaftar dengan erezeki. Peserta juga berpeluang mempelajari penggunaan komputer dan pengenalan kepada internet dan asas komunikasi melalui penggunaan emel, jika sebelum ini peserta tidak mengetahui tentang penggunaan komputer. Kelas ini juga menggalakkan lagi kemahiran penggunaan komputer kepada peserta. Peserta terdiri daripada 5 orang iaitu belia dan pelajar lepasan SPM.
TARIKH : 13 MAC 2018 MASA : 10.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Matlamat program Erezeki bersama pihak MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi digital, disamping itu juga untuk melahirkan lebih ramai golongan belia dan ke atas yang berpendapatan bawah RM4000 membuat pendapatan sampingan melalui teknologi digital.
AKTIVITI
Memberi taklimat ringkas dan juga membuat pendaftaran erezeki secara atas talian. Selepas pendaftaran dibuat peserta terus boleh membuat pekerjaan sampingan dengan platform-platform yang berdaftar dengan erezeki.
TARIKH : 13 MAC 2018 MASA : 4.00 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 7 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan juga celik IT. Mereka juga perlu mengetahui asas teknologi maklumat dan komunikasi mengikut peredaran masa kini.
AKTIVITI
Pelajar yang menyertai seramai 7 orang daripada Sekolah Menengah kebangsaan Jabi. Mereka diajar cara menggunakan email dengan betul dan cara membuat lampiran dokumen untuk tujuan penghantaran email. Mereka boleh berkomunikasi melalui email sesama mereka dan guru-guru. Selain penggunaan email mereka juga diberi bantuan carian maklumat untuk membuat kerja kursus. Disamping itu, ,mereka turtu didedahkan dengan kaedah carian artikel yang betul dan pemilihan tajuk-tajuk bersesuaian dengan tema tugasan.
TARIKH : 12 MAC 2018 MASA : 4.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada warga komuniti untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat tanpa perlu pergi ke hospital mahupun klinik. Pemeriksaan dilakukan secara percuma dan tidak memerlukan kos.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan kesihatan bersama dengan pelajar Sekolah Menengah. Seramai 5 orang peserta untuk membuat pemeriksaan secara percuma. Mereka juga berpeluang untuk mengetahui cara pemakanan yang betul bagi mengelakkan obesiti dan mengetahui keadaaan tekanan darah dan berat badan yang ideal agar tahap kesihatan sentiasa terkawal dan dalam keadaan baik.