TARIKH       : 10  & 11 OKTOBER 2018   

 MASA         : 3.00 - 4.30 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 21 ORANG

 

IMG 6746

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar cara penggunaan komputer dan internet dengan cara yang betul. Pelajar juga dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakn oleh Pusat Internet.

 

AKTIVITI

Peserta yang terlibat seramai 21 orang, yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah & menengah. Mereka diberi bantuan carian bahan maklumat tugasan sekolah dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Google Maps untuk carian lokasi berdekatan.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 06 OKTOBER 2018   

 MASA         : 2.30 - 4.30 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 6686

 

TUJUAN

Memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mengisi borang secara atas talian dengan menggunakan internet. Selain itu juga memberi pendedahan kepada pengguna cara menggunakan internet dengan cara yang betul dan memberi tunjuk ajar cara pengisian borang secara atas talian terutama bagi yang buta IT.

 

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat permohonan bantuan iDana persekolahan bagi tahun 2019. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara menggunakan email dengan berkesan dan untuk tujuan rasmi mahupun peribadi. 

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       : 21 - 22 SEPT 2018   

 MASA         : 7.00 - 1.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 300 ORANG

 

42278893 1445369698933199 621258395072069632 n

 

TUJUAN

Memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah tali persaudaraan sesama warga komuniti Kg Jabi bersama PI Kg Jabi.

 

AKTIVITI

Pada 21hb September 2018 telah bermula aktiviti merewang iaitu bagi golongan wanita mengupas bawang, kentang dan sebagainya sebagai bahan asas untuk pemprosesan bahan asyura untuk keesokan hari. 22hb September 2018 bermula jam 7 pagi semua warga penduduk kg Jabi telah berkumpul dan menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti seterusnya iaitu kacau asyura. Program ini mendapat sambutan yang hebat terutama dari anak-anak muda turun padang untuk mengacau asyura. Majlis bersurai pada jam tepat jam 1.00 petang. Hampir 300 orang yang hadir dengan 4 kawah asyura berjaya diagihkan kepada semua penduduk.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 04 OKTOBER 2018   

 MASA         : 9.30 - 12.30 TENGAHARI 

 LOKASI      : SK.TEMBILA

 PESERTA   : 48 ORANG

 

43354636 563594920761124 2245866724387717120 n

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang penggunaan internet disekolah untuk tujuan tugasan sekolah dan pendedahn celik it kepada pelajar. Selain itu, memberitahu kemudahan yang disediakan di Pusat Internet untuk kemudahan komuniti setempat dan pelajar.

 

AKTIVITI

Program ini bermula jam 9.30 pagi dan diakhiri jam 12.30 tengahari bersama 48 orang pelajar. Sebelum memulakan program ini, petugas PI memberi taklimat kemudahan yang disediakan di Pusat Internet, Klik Dengan Bijak(KDB) dan Dashboard Komuniti(DK). Pelbagai aktiviti kuiz yang disediakan untuk pelajar antaranya ialah  Kuiz Teka Silang Kata DK, Kuiz KDB - Cari Perkataan Tersembunyi, Kuiz Peralatan Komputer, KDB, Musang Berjanggut  dan Puzzle Manual DK. Seterusnya Latihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi iaitu Microsoft Office & Suntingan Imej turut diajar kepada pada pelajar yang terlibat.

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 17 - 30 SEPT 2018   

 MASA         : 10.00 - 6.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 11 ORANG

 

IMG 6639

 

TUJUAN
Untuk menjana pendapatan sambilan secara atas talian. Melahirkan lebih ramai usahawan.

 

AKTIVITI

Mengadakan kelas latihan asas erezeki bagi kategori 18 tahun dan keatas. Peserta perlu melengkapkan maklumat diri dan skil kebolahan terutama melibatkan penggunaan ICT kerana tugasan erezeki hanyalah secara atas talian. Peserta juga diterangkan dengan platform-platform yang terdapat dalam laman web erezeki. Seramai 11 peserta yang terlibat bermula 17, 21, 24 dan 29 - 30 September 2018.

Gambar Disini