TARIKH       : 01 JANUARI 2019   

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG  

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 7066

 

TUJUAN

Mempraktikkan cara penggunaan internet selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

 

AKTIVITI

Pengguna diberi pendedahan cara penggunaan Wassap Web iaitu bukan melalui penggunaan Smartphone sahaja, malah mereka boleh menggunakan Wassap melalui penggunaan komputer, netbook dan laptop dengan adanya internet. Mereka ditunjuk ajar cara mengambil dokumen atau gambar yang terdapat didalam wassap untuk pindahkan ke dokumen yang lain. 

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       : 01 JANUARI 2019   

 MASA         :11.00 - 12.00 TENGAHARI  

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 2 ORANG

 

 IMG 7059

 

TUJUAN

Melahirkan pengguna yang bijak dan celik it serta mengetahui dan menerokai dunia it mengikut perkembangan semasa.

 

AKTIVITI

Memberi tunjuk ajar cara pendaftaran email untuk tujuan rasmi dan kegunaan harian selaras dengan perkembangan it dan teknologi masa kini. Pengguna juga diberi penerangan ringkas tentang cara penggunaan email dan cara melampirkan dokumen untuk tujuan harian dan bagi kemaskini maklumat diri dengan adanya email. Selain itu, pengguna juga diberi taklimat ringkas cara pengisian borang permohonan Maidam yang memerlukan maklumat yang lengkap sebelum membuat pengisian.

Gambar Disini

 


 

 TARIKH      : 04, 16, 26 -29 DIS 2018   

 MASA         : 10 PAGI - 5.00 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 21 ORANG

 

IMG 7047

 

TUJUAN

Menggalakkan lagi pengunjung menggunakan kemudahan yang ada serta melahirkan pengguna yang bijak pandai dalam penggunaan komputer dan internet.

 

AKTIVITI

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah bawah serta warga belia yang datang untuk tujuan pengisian borang secara atas talian bagi kemaskini maklumat untuk kemasukan sekolah menengah bagi lepasan UPSR dan memohon bantuan bagi zakat Maidam bagi yang kurang mampu. Bantuan cara pengisian juga diberi tunjuk ajar oleh petugas bagi melancarkan lagi pengisian borang dengan mudah dan lengkap.

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       :16, 27 & 29 DIS 2018   

 MASA         :11 PAGI - 3.30 PETANG 

 LOKASI      : PI KG JABI 

 PESERTA   : 8 ORANG

 

IMG 7055

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan Microsoft Word. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan Microsoft Word untuk tujuan harian dan pembelajaran.

 

AKTIVITI

Peserta seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah mempelajari asas Microsoft Word dengan bantuan petugas untuk menyiapkan tugasan sekolah. Mereka diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej  dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word.

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       : 22 NOV 2018   

 MASA         : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG 

 LOKASI      : PERKARANGAN PI KG JABI 

 PESERTA   : 119 ORANG

 

46679525 1140418446118763 5294775823549595648 n

 

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

AKTIVITI

Acara pagi dimulakan dengan gosok gigi dengan cara yang betul yang melibatkan kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Jabi seramai 25 orang peserta.Seterusnya disertakan dengan pelbagai aktiviti dan acara antaranya ialah Pameran kesihatan Anti Merokok dan Gaya Hidup Yang Sihat, Pemeriksaan Kesihatan iaitu saringan kesihatan (My Health), Tekana Darah & Gula dalam Darah,Demokrasi dar Agensi yang terlibat iaitu dari Penapis Air Cuckoo, Coway, dan periuk tanpa minyak produk keluaran AseaEmal. Untuk kategori pertandingan pula iaitu Masak Makanan Sihat, Aktiviti Kuiz Atas Talian (kahoot) melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah dan juga komuniti(terbuka kepada semua),Mewarna poster kesihatan, Membuat artikel mengenai kesihatan dan banyak lagi. Aktiviti derma darah juga turut diadakan melibatkan kerjasama dengan Unit Transfusi Perubatan USM. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

Gambar Disini.