PERUSAHAAN DONUT (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA) KG RENEK
Sejarah pembuatan donut secara kecil kecilan sejak tahun 2010. Resepi dan SOP syarikat diperbaiki dari masa ke semasa. Dengan rasminya Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2017 yang beralamat di Donut Lambong, 365-29, Kampung Renek 22020 Jerteh , Terengganu. Produk utama syarikat ini adalah Donut. Pada masa sekarang syarikat mempunyai pasaran yang stabil dan diterima baik oleh penduduk setempat. Pembuat donut ini merupakan En.Norul Hamidi atau lebih dikenali sebagai Ayah Teh yang berkelulusan Diploma Latihan Masakan, UITM dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang masakan dan culinari kerana sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai tukang masak dengan syarikat bertaraf antarabangsa. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, beliau nekad untuk membuka perniagaan sendiri iaitu Donut Lambong. Pelbagai jenis donut dan perisa turut disediakan. Harga amatlah murah bermula dengan RM1.00 sehingga RM3.00 dan ke atas.
Donut Cheese Mozerella Carbonara Donut Karamel
Donut Celup Cokelat Donut Lambong Premium
Donut Biasa Bersalut Gula Donut Durian
Donut Hipster Donut Kacang Bom
Untuk dapatkan Donut Lambong ini boleh hubungi :
Nama : En. Mohd Norul Hamidi Bin Ab Wahab (Ayah Teh)
No.Telefon : 016-2727769
Facebook : DonutLambong Renek - https://www.facebook.com/donutlambong.renek
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.