SEJARAH PEKAN JABI
Sebelum ini Pekan Jabi hanyalah sebuah perkampungan biasa yang majoriti penduduknya adalah golongan petani dan peniaga sahaja. Namun kini, Kampung Jabi telah berubah wajah dari sebuah kampung menjadi Pekan Jabi dek kerana pembangunan yang pesat dan kemudahan infrastrukturnya yang lengkap. Pekan Jabi tidak mempunyai sejarah bertulis mengenai asal usulnya dan yang ada hanyalah cerita rakyat.
CERITA RAKYAT
Kisah disebalik nama "JABI"
Menurut cerita warga emas di sini, Kampung Jabi dibuka pada tahun 1929 oleh sekumpulan orang Melayu yang berasal dari Pattani,Thailand. Manakala nama Jabi pula berasal daripada perkataan Jabey (beg plastic). Mengikut cerita penduduk di sini, pada zaman dahulu ada sekumpulan orang Melayu Pattani, Thailand yang datang berjalan-jalan di sekitar kampung ini dan mereka tertinggal Jabey (beg plastic). Lalu dijumpai oleh penduduk kampung. Maka, salah seorang daripada mereka menyarankan agar kampung ini dinamakan Jabey. Namun dek kerana loghat Pattani Thailand dan Kelantan yang pekat, maka perkataan Jabey bertukar menjadi Jabi. Akhirnya nama itu kekal sehingga kini. Pada awalnya hanya terdapat 20 buah penempatan sahaja di kampung ini.
sumber: komuniti setempat
LATAR BELAKANG KG JABI
Pekan Jabi adalah sebuah kampung yang terletak di dalam Daerah Besut. Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan. Luas Daerah Besut ialah 123,3678 hektar iaitu kira-kira 9.52% daripada keluasan Negeri Terengganu. Daerah Besut mempunyai anggaran penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu.
Pekan Jabi terletak ditengah-tengah laluan utama dari Setiu ke Bandar Jertih yang jaraknya 26km dari Bandar Permaisuri dan 12 km dari Bandar Jertih. Keluasan Pekan Jabi ialah 180 hektar dan ianya merupakan salah satu kampung di dalam Mukim Jabi. Mukim Jabi mempunyai 22 kampung kecil.
Populasi Penduduk Kampung Jabi:
|
Terdapat juga warga Thailand dan Indonesia yang bekerja di sini dan ada antara mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan seterusnya menetap di sini. Majoriti penduduk Jabi adalah kaum Melayu dan hanya 10% sahaja kaum Cina.
Populasi Penduduk Mengikut Umur:
|
Statistik Peratusan Perkerjaan Penduduk:
|
Pendapatan Seisi Rumah Penduduk:
|
Anggaran purata pendapatan : RM 1500 sebulan.
SUMBER: PENGHULU MUKIM JABI, KETUA KAMPUNG DAN JKKK JABI