KEMAHIRAN DALAM MICROSOFT OFFICE, GOOGLE SEARCH ENGINE,

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL & PENGGUNAAN INTERNET

 

Nama  Nur Damia Humaira Bt Mohd Nazri
Umur  9 Tahun
Ahli  9 Ogos 2019

 

photo 2019 10 19 10 54 02

 

Latar belakang

Nur Damia Humaira Bt Mohd Nazri merupakan pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Bintang, berusia 9 tahun. Nur Damia Humaira Bt Mohd Nazri merupakan anak pertama dari empat orang adik beradik yang terdiri dari 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki, dilahirkan di Hospital Sultanah Zahirah dan  dibesarkan di Kg Bukit Grebar, Setiu, Terengganu. Bapanya Mohd Nazri Bin Abd Manaf merupakan Askar di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas Kelantan manakala ibunya Atikah Bt Pe Ramli bekerja sebagai Guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Guntung Dalam, Setiu, Terengganu. Nur Damia Humaira Bt Mohd Nazri merupakan seorang peramah serta aktif di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Beliau juga sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam melayari internet dan bermain game secara online. Nur Damia Humaira Bt Mohd Nazri sering mendapat tempat 1 hingga 5 di dalam peperiksaan dan sangat rajin menyelesaikan tugasan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Nur Damia Humaira tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya. Namun dengan keberanian dan sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun Damia Humaira tidak kerap mengunjungi Pusat Internet namun ia bukan salah satu penyebab Nur Damia Humaira untuk tidak cepat mahir serta cekap. Nur Damia sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap hujung minggu Nur Damia akan ke Pusat Internet Jabi untuk mencari maklumat tugasan sekolah dan memahirkan lagi diri dengan dunia teknologi maklumat. Sentiasa bertanya kepada petugas Pusat Internet berkenaan teknologi maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nur Damia mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT. Nur Haryayanie banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Damia Humaira menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Nur Damia Humaira seorang pelajar yang minat dalam matapelajaran Sains, dia menonton video-video berkaitan dan mengaplikasikannya.

 

photo 2019 10 19 11 01 38                             photo 2019 10 19 10 54 00