KEMAHIRAN DALAM MICROSOFT OFFICE, GOOGLE MAPS,

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL & PENGGUNAAN INTERNET

 

Nama Nur Haryayanie Binti Haris
Umur 14 Tahun
Ahli 2018

 

h

 

 

Latar belakang

Nur Haryayanie Bt Haris merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Besut, berusia 14 tahun. Nur Haryayanie Bt Haris merupakan anak pertama dari dua orang adik beradik yang terdiri dari 1 orang perempuan dan 1 orang lelaki, dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan  dibesarkan di Kg Gerong Apal, Besut Terengganu. Bapanya Haris Bin Ibrahim tidak dapat bekerja kerana masalah gaut dan ibunya Wan Rokiah Bt Wan Othman bekerja sebagai pembantu kantin Sekolah Kebangsaan Apal. Ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah bagi perbelanjaan hidup keluarganya oleh kerana ayah Harriayanie tidak mampu keluar bekerja. Harriayanie seorang peramah serta pemalu tetapi sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dalam persatuan dan sukan di sekolah.  Harriayanie juga seorang pelajar yang aktif dalam sajak dan pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah masa di tingkatan 1 MRSM.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Nur Haryayanie tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya. Namun dengan keberanian dan sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Kekerapan Harriayanie mengunjungi Pusat Internet salah satu penyebab Nur Haryayanie cepat mahir serta cekap. Nur Haryayanie sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap kali pulang dari asrama MRSM Nur Haryayanie akan datang ke Pusat Internet untuk mencari maklumat dan memahirkan lagi diri dengan dunia teknologi maklumat. Sentiasa bertanya kepada petugas Pusat Internet berkenaan teknologi maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nur Haryayanie mahir serta cekap. Nur Haryayanie banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Harriayanie menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ict untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Nur Haryayanie seorang pelajar yang minat kepada pengucapan awam, dia menonton video-video berkaitan.

 

h2        h1