USAHAWAN PERTANIAN TANAMAN FERTIGASI LADA MERAH DI RUMAH

 

Nama Mohd Asrul Azli Bin Daud 
Umur 39 Tahun
Ahli 2019

 

 

WhatsApp Image 2019 09 22 at 4.01.50 PM

 

 

Latar belakang

Mohd Asrul Azli Bin Daud  berusia 46 tahun, seorang bapa tunggal kematian isteri lima tahun lepas. Mempunyai 3 orang anak, 2 perempuan dan 1 orang lelaki. Oleh kerana peningkatan taraf hidup yang tinggi pada masa kini, dia nekad untuk membuat perniagaan kecil-kecilan iaitu bercucuk tanam. Awal tahun 2019 dia bersama adik-beradik menanam mengusahakan Lada Merah bermodal RM 10,000.00 untuk tanaman seluas 1 hektar. Tanaman yang diusahakan masih lagi dalam peringkat awal dan hasilnya akan diperolehi dalam 1 hingga 2 bulan dari sekarang iaitu dalam bulan Julai @ Ogos. Tananam lada merah ini dijalankan di kawasan rumahnya kerana kawasan rumahnya yang luas dan sesuai untuk bercucuk tanam. Bermula awal bulan Mei 2019 dan kini hampir 3 bulan. Tanaman mereka menjadi dan telah mendapt tempahan dari peraih untuk tempahan pasaran tempatan walaupun belum mengeluarkan hasil.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 900 sekali mengutip hasil ( RM 24.00/kilo X anggaran 30-40kg ) dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Mohd Asrul Azli Bin Daud sudah pandai menggunakan media sosial sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook juga merupakan salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 1000 – RM 2000 ( sekali kutip ).

 

l 2      l       l3