USAHAWAN KONTRAKTOR KECIL
Nama : Shamsul Hisham Bin Muhammad Umur : 43 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Bermula tahun 2008,beliau mula berjinak dengan kontraktor binaan, iaitu kontraktor kecil-kecilan dimana projek berjumlah RM200,000 dan ke bawah. Kontraktor binaan yang dilakukan termasuk ubahsuai,pembinaan bangunan,rumah kedai, rumah persendirian , infranstruktur, projek kecil-kecilan kerajaan seperti membuat jalan,membaikpulih bangunan dan lain-lain pembinaan kos yang berjumlah RM200,000 dan ke bawah.
Sebagai kontraktor yang bertauliah dan dinyakini, beliau memiliki Sijil Kontraktor Kecil iaitu Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (A 123387) dan Sijil Perakuan Pendaftaran yang diiktiraf daripada CIDB Malaysia. Selain itu juga, beliau memiliki Sijil Pusat Khidmat Kontraktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai syarat memasuki tender untuk Bumiputera. Segala urusan perniagaan dijalankan di Kg Renek serta syarikat yang didaftarkan MJ Kekal Maju Enterprise.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan tidak biasa dengan penggunaan email.
Pendapatan dalam sebulan antara RM1000 – RM 1500.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan bersama Pusat Internet beliau sudah mahir menggunakan komputer dan sudah pandai menggunakan email untuk tujuan rasmi. Malah beliau juga sudah pandai dalam penggunaan laman web untuk golongan kontraktor bagi mendapatkan tender serta kemaskini maklumat syarikat sendiri. Beliau tidak pernah jemu dating dan sering bertanya dengan staf petugas dalam mempelajari penggunaan komputer dan internet.
Pendapatan yang diperolehi sebulan antara RM2000 – RM5000.
- Seterusnya
- Seterusnya >>