USAHAWAN ATAS TALIAN - TUDUNG BAWAL
Nama |
Shuhadah Bt Mohd Azmi |
Umur |
28 Tahun |
Ahli |
2016 |
Latar Belakang
Shuhadah Bt Mohd Azmi lepasan Diploma Farmasi Kolej Islam KIST Kelantan. Berasal dari Kampung Kerandang, Jerteh Terengganu. Oleh kerana kekangan dalam mencari pekerjaan pada masa kini, sepakat bersama adik-beradik mengeluarkan modal RM 200.00 seorang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilkan iaitu perniagaan custom tudung bawal.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum memulakan perniagaan kerap mengunjungi Pusat Internet untuk mempelajari teknik-teknik penguasaan pemasaran, langkah-langkah memulakan perniagaan.
Pendapatan majoriti dalam RM500.00 - RM1000.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mengenali Pusat Internet 1Malaysia, petugas PI banyak mengajar teknik yang betul dalam penggunaan ICT, asas keusahawanan, dan cara memasarkan produk dengan baik di facebook, Dashboard komuniti.
Pendapatan kini dalam RM 1500.00 – RM 2000.00
- Seterusnya
- Seterusnya >>