Screenshot 2023 05 14 093228

 

 

Latar belakang

Abiey Nur Syaqilla Binti Zahari merupakan seorang pelajar sekolah menengah, anak ke-2 dari 6 adik beradik. Bapa bekerja sebagai petani dan ibu mengambil tempahan membuat kuih. Adik Abiey Nur Syaqilla bersekolah di Sekolah Menengah Renek dan merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Abiey Nur Syaqilla seorang pelajar yang boleh dikatakan pandai dan suka mencuba. Dia sentiasa meminta bantuan dari petugas PEDi Kg Jabi untuk membantu dalam pencarian maklumat pembelajaran dan sangat berminat mengetahui bidang teknologi maklumat. Jika ada masa terluang, Abiey Nur Syaqilla akan datang ke PEDi untuk menggunakan komputer. Sentiasa berhubung dengan petugas PEDi berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet. Abiey Nur Syaqilla dikategorikan sebagai pengguna sederhana mahir dalam penggunaan komputer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang. Hal ini kerana, tugas beliau seorang pelajar perlu tahu tentang dunia ICT dan penggunaan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Abiey Nur Syaqilla hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan kerja harian, soc media dan menonton video di youtube. Biasanya kerja melibatkan komputer, beliau akan meminta bantuan kawan-kawan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi, Abiey Nur Syaqilla semakin mahir serta cekap dalam menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau perlukan bantuan dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas PEDi jika terdapat permasalahan dalam penggunaan komputer. Dengan kecekalan semangat beliau dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ICT dan perkomputeran, kini beliau makin mahir dalam penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menguasai pelbagai bidang komputer secara meluas.