Screenshot 2023 05 14 092849

 

 

 

Latar belakang

Pn.Ann Bazlin Binti Seman merupakan seorang balu kematian suami, berasal dari KG Kerandang, Jerteh dan berumur 40 tahun. Sebelum ini, Pn.Ann bekerja di Kuala Lumpur dan menetap disana. Setelah kematian suami, dia nekad untuk pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama keluarga. Pn.Ann mencuba nasib menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan adikberadiknya. Pn.Ann dan adik-beradiknya menjalankan perniagaan penternakan ikan keli sangkar di belakang rumah keluarganya. Dia sentiasa datang ke Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi untuk mencari maklumat berkenaan penternakan ikan yang dijalankan. Pn.Ann dikategorikan sebagai pengguna sederhana mahir dalam penggunaan komputer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang. Hal ini kerana, tugas beliau sebagai seorang penternak perlu mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pencarian ilmu cara penternakan, mengikuti kursus-kursus penternakan secara atas talian dan banyak lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Pn.Ann Bazlin hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan kerja harian, soc media dan menonton video di youtube. Biasanya kerja melibatkan komputer, beliau akan meminta bantuan adik-beradik dan kadang terpaksa membayar upah kepada orang lain jika perlu menyiapkan kertas kerja dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi, Pn.Ann Bazlin semakin mahir serta cekap dalam menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau perlukan bantuan dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas PEDi jika terdapat permasalahan dalam penggunaan komputer. Dengan kecekalan semangat beliau dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ICT dan perkomputeran, kini beliau makin mahir dalam penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menguasai pelbagai bidang komputer secara meluas.