Screenshot 2023 05 10 105202

 

 

Latar belakang

Siti Zuraidah Binti Abdullah merupakan ibu kepada 4 orang anak dan beliau sebelum ini merupakan seorang suri rumah dan tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan sebelum ini. Kerana minat dan sememangnya dia seorang yang kreatif ,atas inisiatif sendiri beserta sokongan keluarga, beliau telah menghadiri kelas pembuatan sabun berbayar untuk mendapatkan kepakaran yang lebih dalam menghasilkan sabun berkualiti.

 Beliau telah dikenali sebagai pembuat sabun homemade di sekitar Kg Renek dan setelah mengikuti program bersama PEDi,Kg Jabi beliau lebih dikenali dan kini menjalankan kelas pembelajaran pembuatan sabun kepada mereka yang berminat. Beliau bermula dengan modal sebanyak RM5,000. Modal tersebut adalah hasil pekerjaan beliau sebelum ini. Siti Zuraidah tidak mempunyai kedai fizikal, dan hanya menjalankan perniagaan membuat sabun daripada rumah sahaja. Perniagaan beliau bermula pada tahun 2021..

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan harian / bulanan perniagaan membuat sabun homemade milik Siti Zuraidah tidak menentu. Jualan yang dibuat adalah secara langsung kepada orang yang berada berdekatan kawasan perumahan tempat tersebut dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi sebanyak RM 500. Namun pendapatan tersebut tidak tetap dengan suasana Pandemik Covid-19. Beliau kadang-kadang akan dapat kurang dari anggaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Jabi, Siti Zuraidah mula belajar menggunakan platform Shopee dan TikTok sebagai cara mempromosikan dan memasarkan barangan yang dijual oleh beliau selain belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas PEDi membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Portal & TikTok. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 500 ke RM 1500.

 

11