sue

 

 

 

Latar belakang

Suhaini Azni Binti Mohamed merupakan ibu kepada 2 orang anak dan beliau sebelum ini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan secara tetap sebelum ini. Kerana minat dan sememangnya dia seorang yang rajin dan pandai mencari peluang ,atas inisiatif sendiri beserta sokongan keluarga, beliau telah menghadiri pelbagai kelas untuk menjalankan perniagaan perfume jenama sendiri samada kelas secara berbayar ataupun percuma untuk mendapatkan kepakaran yang lebih dalam menghasilkan minyak wangi berkualiti.

Beliau telah dikenali sebagai Founder ME Perfume di seluruh Besut dan setelah mengikuti program bersama PEDi,Kg Jabi beliau lebih dikenali dan kini membuka peluang untuk menjadi agent minyak wangi jenama beliau kepada mereka yang berminat. Beliau bermula dengan modal sebanyak RM1,750 dengan 250 botol minyak wangi. Modal tersebut adalah hasil daripada duit simpanan beliau. Suhaini Azni Binti Mohamed mempunyai kedai fizikal, dan menjalankan perniagaan secara online dan offline. Kedai beliau adalah di rumahnya. Perniagaan beliau bermula pada tahun 2019. Beliau sekarang tengah mengusahakan geran dari YPU Terengganu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan harian / bulanan perniagaan menjual minyak wangi milik Suhaini Azni tidak menentu. Jualan yang dibuat adalah secara langsung kepada orang yang berada berdekatan kedai beliau dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi sebanyak RM 1000. Namun pendapatan tersebut tidak tetap dengan suasana Pandemik Covid-19. Beliau kadang-kadang akan dapat kurang dari anggaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Jabi, Suhaini Azni mula belajar menggunakan platform Facebook dan TikTok sebagai cara mempromosikan dan memasarkan barangan yang dijual oleh beliau selain belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas PEDi membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Portal & TikTok. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 1000 ke RM 5000. Beliau juga mempunyai agent bagi produk minyak wangi jenama sendiri.

 

 

suu