Latar belakang
Nur Asiah Bt Mat Husin merupakan seorang pelajar IPTA Tahun Ke-3 UTM Skudai, jurusan Ijazah Sarjana Muda Management Pengkhususan Marketing sepenuh masa, berasal dari Kg Gerun Apal dan merupakan pengguna tetap Pusat Internet Komuniti Kg Jabi. Merupakan anak ke-8 dari 12 orang adik beradik. Ayah bekerja sebagai petani dan ibu suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana Nur Asiah dari golongan kurang berada, dia nekad untuk mrmbantu keluarga dengan berniaga secara kecil-kecilan sebagai agen untuk barang kecantikan. Bermula dari bulan April 2020, oleh kerana keadaan negara menghadapi ancaman Pendamik COVID-19 dan terpaksa berkuliah dari rumah, Nur Asiah nekad menjalankan perniagaan. Alhamdulillah setakat ini perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan dan ramai membeli dengannya. Dalam seminggu akan ada belian dari pembeli tidak kira secara atas talian mahupun cod. Menggunakan platform Facebook, Instagram dan whatspp untuk promosi jualan produk kecantikan Demica.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada warga Facebook sahaja. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 700.00 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas keusahawanan, mendalami facebook dan Instagram di Pusat Internet, ia banyak membantu Nur Asiah Bt Mat Husin dalam perniagaan. Selain itu saluran wassap juga digunakan dalam mempromosikan produk jualannya
Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 1,500.