PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT

 

22171727 1637770179586808 614196598 o

 

 

Pekan Jabi merupakan pekan yang padat dengan penduduk tempatan walaupun dikatagorikan kawasan luar bandar. Kepadatan penduduk tempatan memberi ruang dan peluang kepada peniaga yang menjalankan perniagaan terutama perniagaan barang runcit.

Fauzah Talib Enterprise adalah pernigaan kedai runcit yang diusahakan oleh Puan Fauzah Binti Talib iaitu seorang suri rumah dan mempunyai 2 orang anak. Perniagaan kedai runcit ini telah beroperasi hampir  tiga tahun bermula pada tahun 2014 sehingga kini. Sebelum menjalankan perniagaan runcit ini Puan Fauzah telah mengambil peluang bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum beliau berkahwin. Dengan pengalaman yang ada membantu beliau mempermudahkan lagi proses pembukaan kedai runcit sendiri. Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya.

Selain tempat yang stratetgik di kedai beliau terdapat pelbagai barangan seperti barang makanan kering,makanan basah,barang keperluan harian, dan sebagainya serta mendapat sambutan ramai kerana perniagaan kedai runcit sememangnya menjadi nadi kepada penduduk tempatan kerana mereka tidak perlu keluar lebih jauh untuk mendapatkan barang keperluan mereka dengan segera.

Sewa bulanan bangunan kedai beliau berjumlah RM800 sebulan, namun beliau memprolehi pendapatan berjumlah lebih kurang RM100-Rm500 sehari.