TARIKH       : 03 JUN 2018   

 MASA         : 10.00 PAGI - 8.00 MALAM  

 LOKASI      : MASJID KG JABI 

 PESERTA   : 400 ORANG

 

 

34327516 1902939523069871 4920967253362475008 n

 

 

TUJUAN

Untuk mengeratkan lagi ukhwah antara staf Pusat Internet bersama dengan penduduk komuniti setempat dan memperkenalkan lagi kepada orang ramai kemudahan yang terdapat di dalam Pusat Internet Kg Jabi ini.

AKTIVITI

Majlis dimulai dengan aktiviti merewang pada waktu pagi, kerana majlis ini dilakukan secara gotong royong bersama dengan penduduk setempat. Selepas berbuka majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Solat Sunat Tarawih.

Gambar Disini

 


 

 

TARIKH       : 28 MEI 2018   

 MASA         : 12.00 - 1.00 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 1 ORANG

 

IMG 5907

 

 

TUJUAN

Penggunaan emel pada masa kini amatlah penting dan boleh dikatakan setiap orang wajib mempunyai emel, ini kerana setiap penggunaan telefon pintar kebiasaannya memerlukan emel untuk daftar masuk bagi setiap aplikasi. Pengguna disini juga digalakkan menggunakan emel bagi tujuan penyimpanan data dan maklumat seperti Resume serta untuk melakukan cetakan, ini kerana pengguna disini juga tidak digalakkan menggunakan pendrive bagi mengelakkan jangkitan virus yang dibawa.

 

AKTIVITI

Menerangkan kepada peserta cara membuka akaun emel dan cara-cara penggunaan bagi memastikan peserta memahami dan pandai menggunakan emel untuk tugasan harian mahupun tugasan rasmi. 

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 19 MEI 2018   

 MASA         : 3.30 - 4.30 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 5872

 

 

TUJUAN

Membentuk komuniti yang cerdik dan celik it selaras dengan perkembangan semasa. Selain itu juga, melahirkan komuniti yang arif dan serba boleh dengan kemahiran aplikasi yang digunakan untuk urusan harian dan juga perniagaan.

 

AKTIVITI

Pembelajaran dimulakan dengan pemindahan data Whassap melalui telefon pintar ke penggunaan PC atau Komputer. Melalui pemindahan data ini pelajar boleh memuatturun gambar atau lampiran yang berada didalam applikasi Whassap ke PC. Dengan pemindahan data ini, membolehkan pelajar membuat tugasan dengan lebih selesa seperti ingin mengedit gambar, maklumat dan sebagainya digunakan melalui PC serta boleh membuat cetakan. Pelajar yang terlibat seramai 3 orang yang terdiri daripada lepasan SPM dan pelajar IPTA .

Gambar Disini

 


 

TARIKH       : 25 & 27 MEI 2018   

 MASA         : 10.00 - 5.30 PETANG  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 5896

 


TUJUAN

Mencari peluang pekerjaan dengan melakukan pendapatan sampingan secara atas talian. Mendidik komuniti untuk terus majukan diri dan melahirkan komuniti yang celik it selaras dengan arus pemodenan masa kini.

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada lepasan SPM dan juga pelajar IPTA, mereka meluangkan masa seketika dengan mendengar taklimat eRezeki yang disampaikan oleh petugas wakil eRezeki. Kemudian mereka juga melengkapkan profil diri dengan kemaskini maklumat dan kemahiran diri mengikut padanan kerja yang bersesuaian. Platform kerja yang terdapat didalam eRezeki merangkumi 3 jenis kategori kerja iaitu Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan Digital. Peserta boleh memilih kerja berdasarkan padanan dengan kemahiran masing-masing.

Gambar Disini

 


 

 

 

TARIKH       : 18 MEI 2018   

 MASA         : 10.30 - 11.30 PAGI  

 LOKASI      : PI1M KG JABI 

 PESERTA   : 3 ORANG

 

IMG 5868

 

 

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang berkembang dengan kecanggihan teknologi masa kini dan memupuk semangat ukhwah di media sosial.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara pendaftaran Akaun Histagram dan menggunakannya, kerana masih ramai lagi yang tidak mempunyai dan mengetahui laman media sosial Histagram selain Facebook. Penggunaa Akaun Histagram juga amat membantu bagi usahawan yang ingin membuat iklan promosi produk mereka. Mereka juga diajar cara untuk memuatnaik gambar. Selain itu juga, peserta diajar cara untuk mengedit gambar dengan menggunakan Microsoft Word bagi tujuan tugasan kerja sekolah.

Gambar Disini