TARIKH : 15 JANUARI 2020 MASA : 9.30 - 11.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Untuk membantu para pelajar menjawab dan membuka website SPA dengan betul dan membantu penerima BSH yang mempunyai sakit kronik mengisi bantuan MySalam.
Aktiviti
Pada sebelah pagi, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan serta peralatan pen untuk menjawab soalan. Para peserta berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seterusnya, petugas membantu seorang pngunjung yang ingin mengisi bantuan penyakit kronik MySalam dan beliau berjaya mengisi borang tersebut.