TARIKH : 10 JANUARI 2020 MASA : 9.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 11 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang mahir menggunakan Microsoft Excel.
AKTIVITI
Pengunjung yang hadir ke pusat internet Kg Jabi terdiri daripada ahli empower iaitu usahawan-usahawan yang berasal daripada Daerah Besut. Mereka menggunakan pusat internet sebagai medium pembelajaran cara-cara membuat Teknik Simpan Kira menggunakan Micorosoft Excel. Mereka juga diketuai oleh ketua Empowerment yang mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Usahawan yang belum mahir Microsoft Excel telah mahir menggunakannya hasil pembelajaran di Pusat Internet Jabi. Petugas membantu golongan yang kurang mahir dengan memberi panduan cara-cara memasukkan pengiraan ke dalam Microsoft Excel.
- Seterusnya
- Seterusnya >>