TARIKH : 01 OKTOBER 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA :9 ORANG |
TUJUAN
Memberi taklimat kepada pelajar-pelajar tentang penggunaan komputer dan internet secara berhemah dan bijak.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk membuka laman web kuiz pembelajaran Klik Dengan Bijak. Mereka diarahkan untuk menjawab soalan kuiz tersebut tentang internet serta serba sedikit menambah ilmu pengetahuan mengenai penggunaan internet. Mereka juga dapat menjawab soalan-soalan kuiz ini dengan tepat. Peserta yang terlibat adalah dari pelajar sekolah rendah.