TARIKH       : 22 NOV 2018   

 MASA         : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG 

 LOKASI      : PERKARANGAN PI KG JABI 

 PESERTA   : 119 ORANG

 

46679525 1140418446118763 5294775823549595648 n

 

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

AKTIVITI

Acara pagi dimulakan dengan gosok gigi dengan cara yang betul yang melibatkan kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Jabi seramai 25 orang peserta.Seterusnya disertakan dengan pelbagai aktiviti dan acara antaranya ialah Pameran kesihatan Anti Merokok dan Gaya Hidup Yang Sihat, Pemeriksaan Kesihatan iaitu saringan kesihatan (My Health), Tekana Darah & Gula dalam Darah,Demokrasi dar Agensi yang terlibat iaitu dari Penapis Air Cuckoo, Coway, dan periuk tanpa minyak produk keluaran AseaEmal. Untuk kategori pertandingan pula iaitu Masak Makanan Sihat, Aktiviti Kuiz Atas Talian (kahoot) melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah dan juga komuniti(terbuka kepada semua),Mewarna poster kesihatan, Membuat artikel mengenai kesihatan dan banyak lagi. Aktiviti derma darah juga turut diadakan melibatkan kerjasama dengan Unit Transfusi Perubatan USM. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

Gambar Disini.