-
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN
TARIKH
27 SEPT 2017
MASA
2.00 - 4.00 PETANG
LOKASI
PI1M KG JABI
PESERTA
9
-
TUJUAN
Memahami asas komputer
Memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia
AKTIVITI
Komputer merupakan sebahagian penting daripada kehidupan harian dalam dunia hari ini. Ramai orang menggunakan komputer untuk menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, menyimpan gambar dan muzik, memain permainan dan berkomunikasi dengan orang lain. Komputer telah mengubah cara kita bekerja dan hidup. Kursus ini direka untuk membantu pelajar ini membangunkan kemahiran baru yang membolehkan mereka menggunakan komputer untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah, dan menyelidik, mengumpul, menyusun serta berkongsi maklumat.
-
Kursus ini menyediakan pelbagai pengalaman langsung untuk menjelajah dan menemui aplikasi komputer asas. Namun begitu, ada diantara pelajar ini berhadapan dengan masalah komputer buat kali pertama tidak biasa dengan bahagiannya atau cara mengerjakannya. Dalam modul ini, pelajar juga diberitahui tentang bahagian-bahagian asas komputer dan fungsinya, sistem operasi dan cara melaksanakan beberapa tugas komputer yang mudah.
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 6 - 10: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
TARIKH
27 SEPT 2017
MASA
4.00 - 6.00 PETANG
LOKASI
PI1M KG JABI
PESERTA
9
-
TUJUAN
Memahami dan menggunakan aplikasi berasaskan web seperti Carian Internet (Internet Search), E-mel, Mesej Segera (Instant Messaging) dan Dokumen Kerjasama (Collaborative Documents).
Berkomunikasi, bekerjasama dan mencipta produk seperti brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau permulaan dan pengurusan perniagaan kecil
AKTIVITI
Dalam kursus IntelĀ® Learn Easy Steps ini, pelajar mempelajari asas penggunaan komputer melalui siri pelajaran mudah. Dalam modul awal kursus,pelajar juga diperkenalkan kepada cara komputer beroperasi serta aplikasi perisian asas. Untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berfaedah, modul-modul berikutnya menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan tema pekerjaan dan keusahawanan. Pelajar juga diberi peluang mempelajari cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti yang membantu membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan kemahiran asas keusahawanan dalam kehidupan seharian, pekerjaan atau membuka perniagaan kecil.
- Seterusnya
- Seterusnya >>